* Trading Limit

Setiap individu yang membuka trading akaun dengan mana-mana broker saham akan diberi trading limit.

Trading limit ialah had nilai dagangan.

Biasanya yang dikenakan had ialah keatas pembelian. Ini bermakna setiap pelabur mempunyai had yang maksimum untuk membeli. Ia bergantung kepada pertimbangan broker dan kemampuan pelabur.

Tujuan trading limit ialah untuk mengelakkan pendedahan risiko yang berlebihan kepada pelabur.

Saiz trading limit yang diberi bergantung kepada polisi broker.

Ada broker yang mensyaratkan pelabur meletakkan deposit samada wang tunai di dalam trust account atau saham barulah pelabur akan diberikan trading limit. Tanpa trading limit pelabur tidak dapat melaksanakan pembelian saham

Ada juga broker memberi trading limit pada jumlah tertentu tanpa deposit tetapi jumlah tersebut tidak terlalu besar dan ia akan diubahsuai apabila pelabur meletakkan deposit atau pelabur sudah mempunyai saham yang sudah dibayar dalam akaun CDS.

Testimoni Peserta KURSUS DUNIA SAHAM

 

Jika trading limit digunakan, dengan kata lain pelabur mula membeli, saham trading limit akan berkurangan. Contoh jika trading limit anda ialah RM30,000 dan membeli saham nilainya RM10,000, maka baki trading limit ialah RM20,000. Bermakna itulah nilai maksimum untuk pembelian berikutnya. Trading limit akan kembali kepada jumlah asal iaitu RM30,000 apabila anda membuat pembayaran ke atas saham yang dibeli atau bila anda menjual jika anda gagal membayarnya.

Tiada pelabur yang tiada trading limit.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

UMA adalah singkatan unusual market action. Sesuatu syarikat jika disyaki terdapat aktiviti spekulasi yang berlebihan akan diawasi oleh bursa.

Maksud spekuasi berlebihan ialah kenaikan atau kejatuhan harga sesuatu saham secara mendadak disertai olah  jumlah dagangan yang luar biasa. Fenomena ini akan sentiasa diawasi oleh bursa disamping pihak pengurusan atasan perlu memberi jawapan kepada bursa mengapa aktiviti ini berlaku.

Tindakan ini dikenali sebagai UMA.

Biasanya pihak pengurusan atasan akan memberi jawapan ‘tidak tahu’ mengapa ia berlaku.

Jika aktiviti spekuasi berlebihan masih berterusan, maka saham berkenaan akan dikategori sebagai saham bertanda (designated counter). Jika sudah dikategori sebagai saham bertanda maka pelabur perlu membayar dahulu dengan jumlah yang secukupnya sebelum membeli.

Jika membeli dengan menggunakan wang didalam akaun amanah (trust account) pelabur perlu mempastikan jumlah wang dalam akaun tersebut adalah mencukupi. Dengan kata lain tiada T+3 diamalkan.

Jika ingin menjual , pelabur juga perlu mempastikan saham sudah berada di dalam akaun CDS.

Jika masih berlaku aktiviti spekulasi berlebihan walaupun sudah dikategori sebagai saham bertanda, saham berkenaan akan digantung dari urusniaga untuk beberapa waktu.

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 

Dialog disuatu hari.

Sadiq Segaraga, “ Tuan kalau kita melabur saham ada kemungkinan rugi tak?”

Remisier, “InsyaAllah”

Sadiq Segaraga, “aik…. Bunyi macam tak boleh untung tuan?”

Remisier, “awak berniaga?”

Sadiq Segaraga, “saya ada kedai karpet”

Remisier, “berniaga karpet boleh rugi?”

Sadiq Segaraga, “kalau pandai berniaga tak rugi tuan”

Remisier, “macam mana nak pandai berniaga?”

Sadiq Segaraga, “mestilah kena belajar tuan”

Remisier, “begitu juga dalam pelaburan ”

Sadiq Segaraga, “oh…. “

Sabri Jalil                                                                                                                                                                                            http://kursussaham.com

Didapati masih ramai pelabur tidak mempunyai perancangan modal (capital planning) yang rapi sebelum dan semasa melabur.

Apakah yang dimaksudkan sebagai perancangan modal?

Ia merujuk kepada berapa banyak atau peratus  modal dari jumlah wang lebihan yang pelabur ada untuk sesuatu jenis pelaburan.

Perancangan modal penting untuk tujuan kawalan risiko.

Contoh, jika pelabur mempunyai sejumlah RM100 ribu untuk tujuan pelaburan, harus ditetapkan berapa peratus peruntukan untuk sesuatu jenis pelaburan seperti hartanah, saham, amanah saham dan lain-lain. Tidak bijak jika semua modal yang ada disuntik hanya kedalam satu jenis pelaburan kerana setiap jenis pelaburan mempunyai tahap risiko yang berbeza.

Pengagihan untuk setiap jenis pelaburan seharusnya mengikut tahap risiko. Lagi rendah risiko lagi besar peruntukan, lagi tinggi risiko lagi rendah peruntukan. Mungkin pelabur boleh memperuntukan 25% untuk pasaran saham, 35% untuk hartanah dan 40% untuk hartanah. Ia akan berbeza bagi setiap pelabur kerana bergantung kepada profil risiko dan usia pelabur.

Jika sudah ditetapkan sejumlah modal untuk pelaburan pasaran saham, maka pelabur harus mempunyai plan samada semua modal yang ada tersebut akan dilabur untuk tujuan jangka panjang atau jangka pendek atau kedua-duanya. Jika mempunyai matlamat jangka panjang dan jangka pendek setiap matlamat harus ditetapkan saiz modalnya. 

Sebaik-baiknya matlamat jangka panjang peruntukan lebih besar dari jangka pendek. Ini kerana dalam  pelaburan, terutamanya saham,  lagi panjang matlamat lagi rendah risiko, lagi pendek matlamat lagi tinggi risiko. Ini penting diketahui kerana setiap matlamat mempunyai strategi yang berbeza.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Anda beli saham, anda jual, anda untung, anda gembira.

Tetapi saham yang anda telah jual naik lagi. Anda menyesal.

Gembira bertukar menjadi menyesal.

Allahyarham Datuk Salleh Majid, bekas Presiden BSKL pernah berpesan, bila anda telah menjual saham tetapi ia naik lagi kemudian lupakan kejadian itu. Biarlah ia naik. Yang penting anda untung.

Jangan terbawa-bawa insiden itu bila anda membeli saham lain. Anda menangguhkan untuk menjual dari harga yang anda telah tetapkan kerana takut ia naik lebih tinggi lagi seperti yang berlaku keatas saham sebelumnya yang menyebabkan anda menyesal.

Ini satu sifat yang buruk. Mengapa?

Bila anda gagal menjual ketika masih kedudukan untung tetapi terpaksa menjual bila harga jatuh yang menyebabkan rugi, anda lagi akan menyesal.

Melainkan anda mempunyai jumlah saham yang banyak dan menjual secara berperingkat, itu tidak mengapa.

Displin adalah nombor satu dalam pelaburan saham.

Saya tidak pernah lupa berpesan dalam setiap kursus;

“MENYESAL DALAM KEUNTUNGAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYESAL DALAM KERUGIAN”

Yang mana pilihan anda?

Sabri Jalil                                                                                                  http://kursussaham.com

“Kenapa sejak akhir ini bila saya beli asyik tak dapat?. Orang macam saya tidak layak beli saham ke?”

Di atas adalah luahan rasa tidak puashati seorang pelabur kepada remisiernya apabila saham yang dipesan beli pada harga yang ditetapkan sentiasa tidak berjaya. Tidak puas hati kerana menyangka remisier bersikap pilih kasih dalam menguruskan pesanan belian dan jualan.

 

Dalam pasaran saham tidak timbul soal layak atau tidak apabila saham yang dipesan untuk membeli atau menjual tidak berjaya. Juga tidak timbul sikap pilih kasih oleh remisier. Ini kerana remisier bukan penentu harga untuk membolehkan saham tersebut MESTI berjaya dibeli atau dijual mengikut harga yang pelabur mahu. Remisier hanya meletakkan harga mengikut apa yang pelabur mahu dan kejayaannya  adalah ditentukan oleh pasaran.

Berikut adalah penerangan untuk kefahaman;

Ji ka pelabur mahu membeli saham ABC pada harga RM1.20 sebanyak 10,000 saham tidak semestinya pelabur akan berjaya mendapatnya pada harga dan kuantiti yang dikehendaki.

Dari segi harga kejayaan bergantung kepada kepada keujudan harga sepadan yang sanggup ditawarkan oleh penjual (disebut sebagai pelabur penjual).

Dalam kes ini pelabur ingin membeli  (disebut sebagai pelabur pembeli) pada harga  RM1.20 tetapi harga jualan terendah yang tertera dalam sebut harga jualan ialah RM1.21 , ini satu situasi dipanggil sebagai harga tidak sepadan dan pembeli tidak akan dapat membelinya.

Jika situasi  tidak berubah atau harga jualan tidak turun ke RM1.20 untuk sepadan dengan harga belian sehingga pasaran ditutup maka impian pelabur  pembeli  untuk membeli pada harga RM1.20 tidak tercapai.

Dari segi kuantiti pula, samada pelabur pembeli berjaya mendapatkan pada kuantiti yang dikehendaki bergantung kepada kuantiti  aggregat yang ditawarkan pelabur penjual dan kedudukan pesanan (order) ketika ia dihantar.

Dalam satu situasi dimana pelabur  penjual hanya ingin menjual sebanyak 6000 saham sedangkan pelabur pembeli mahukan 10,000 saham maka pelabur pembeli hanya akan mendapat membeli sebanyak 6000 saham sahaja.  Bakinya perlu menunggu dari pelabur penjual  yang lain yang sunggup menjual pada harga RM1.20 untuk mencukupkan kuantiti 10,000 saham.

Testimoni Peserta KURSUS DUNIA SAHAM

Dalam satu lagi situasi dimana kuantiti belian yang tertera dalam sebut harga belian terlalu banyak , contohnya ada 1 juta saham,   ketika pesanan dimasukkan , maka kedudukan pesanan pelabur pembeli berkenaan adalah terkebelakang.

Katakan hanya 600,000 saham yang sanggup dijual oleh para pelabur penjual , maka hanya jumlah itu sahaja yang terlaksana pada harga RM1.20 dan baki 400,000 saham lagi tidak terlaksana, dengan kata lain 400,000 saham yang ingin dibeli pada harga RM1.20 gagal untuk dibeli kerana kuantiti dari pihak jualan tidak seimbang. Akibatnya pelabur pembeli yang terkebelakang terlepas peluang untuk membeli pada harga RM1.20.

Begitu juga sebaliknya mekanisme yang berlaku jika pelabur ingin menjual pada harga dan kuantiti yang dikehendaki. Ia bergantung kepada harga sepadan dari harga beli pula.

Kesimpulannya , mekanisme pasaran (permintaan dan penawaran) yang menentukan kejayaan harga dan kuantiti saham yang ingin dibeli atau dijual dan bukan tangan ajaib remisier.

 

Analogi  untuk memudahkan kefahaman;

Seorang penjual kasut ingin menjual 5 pasang kasutnya pada harga RM70 sepasang. Jika pembeli hanya sanggup membayar pada harga RM60 maka urusniaga antara penjual dan pembeli tidak terlaksana.

Katakan muncul seorang pembeli sanggup membeli RM70 tetapi hanya mahu sepasang, maka sepasang kasut sudah terjual. Untuk baki 4 pasang penjual perlu menunggu pembeli lain yang sanggup membeli pada harga berkenaan.

Jika ada beberapa pembeli muncul dengan menawarkan harga rendah iaitu RM65 sepasang dan penjual mahu menjualnya dengan serta merta maka ia perlu menurunkan harga kepada RM65.

Begitu juga urusniaga saham di pasaran saham

Adalah amat penting memahami mekanisme atau hukum  permintaan dan penawaran dalam pasaran saham agar pelabur tidak mudah untuk tidak puas hati.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Masih ramai dikalangan masyarakat tidak mendapat gambaran sebenar tentang saham. Ini dibayangkan oleh banyak soalan-soalan yang diajukan di page tertentu . Biasanya soalan yang ialah ‘adakah ini forex?’ walaupun di sana sudah tertera jelas perkataan saham.

Saham boleh dijual beli melalui pasaran saham

Bagi mereka yang sudah beberapa kali terjebak dalam beberapa skim piramid atau ponzi pula sering  mengeluarkan komen yang negatif dan menyamakan pelaburan saham dengan skim-skim berkenaan.

Perlu dfahami bahawa saham adalah saham. Forex adalah forex. Saham dan forex adalah berbeza tetapi kedua-duanya adalah alat pelaburan dimana kaedah urusniaga hampir sama.

Saham adalah berkaitan dengan modal syarikat manakala forex adalah berkaitan dengan matawang asing.

Bagi mereka yang menganggap pelaburan ini seolah skim pelaburan piramid atau ponzi perlu difahami bahawa pelaburan di pasaran saham ini tiada kena mengena dengan penajaan ahli.

Saham dalam ertikata sebenar ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu syarikat atau perniagaan.

Apabila kita membeli saham bermakna kita adalah pemilik syarikat. Cuma yang menjadi persoalan ialah berapa peratus hak milik kita dalam syarikat berkenaan. Ini bermakna membeli dan menjual saham adalah membeli dan menjual syarikat.

Urusan membeli dan menjual ini boleh dilaksanakan di pasaran saham.

Apabila kita sudah membeli saham dan menjadi pemilik syarikat, kita boleh mendapat keuntungan melalui dua cara iaitu dividen dan untung modal.

Sabri Jalil
http://kursussaham.com

 

Jika anda terlibat dalam pelaburan di pasaran saham istilah tersebut pasti melekat dilidah anda.

Beliaulah individu yang harus anda hubungi jika anda ingin melabur saham di pasaran saham.

Remisier juga dipanggil sebagai wakil peniaga saham atau dalam bahasa Inggerisnya ialah “dealer’s representative”. Tidak kira apa panggilan mereka adalah individu yang sama dan memainkan peranan yang sama.

Di setengah Negara seperti Amerika Syarikat remisier di panggil sebagai stock broker.

Di Malaysia stock broker merujuk kepada institusi yang menjalankan perniagaan pembrokeran saham seperti bank pelaburan atau syarikat sekuriti (tetapi bukan syarikat kawalan keselamatan). Ia juga dikenali sebagai Participating Organisastion atau PO

Remisier adalah individu yang diberi tauliah atau lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti iaitu badan tertinggi yang mengawal keseluruhan industry pelaburan Negara.

Untuk melayakkan diri sebagai seorang remisier beliau mesti sekurangnya memiliki ijazah sarjana muda. Selain itu ia juga mesti lulus pepereksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Apakah peranan Remisier dan tanggungjawabnya kepada pelabur?

Ada yang berpendapat Remisier adalah pengambil pesanan (order taker) dari pelabur yang ingin membeli dan menjual saham. Ya benar itulah asalnya peranan remesier. Tetapi zaman sudah berubah dan tuntutan sudah berubah mengikut masa.

Sesuai dengan perubahahan zaman dan tuntutan, maka peranan remisier zaman kini bukan hanya sebagai pengambil pesanan (order taker) tetapi mereka juga memainkan peranan sebegai rujukan dan penasihat kepada pelanggannya (pelabur dan pedagang) dalam apa saja perkara yang berkaitan dengan urusniaga. Ia adalah antara sebab mengapa Suruhanjaya Sekuriti telah menaikkan taraf kelayakan minimum kepada ijazah pada awal tahun 1990an berbanding dengan hanya SPM sebelumnya.

Bila seorang pelabur bertanya “Apa saham boleh dibeli. Berapa harga boleh naik?”, maka disitu bermulalah cabaran seorang remisier masa kini.

Mungkin sebahagian masih tidak mengetahui khidmat remisier adalah dibayar oleh pelabur dalam setiap urusniaga. Ia dipanggil yuran broker. Oleh kerana pelabur membayar khidmat remisier maka gunakan khidmat dan dapatkan pandangan remisier anda.

Sabri Jalil
http://kursussaham.com


Scroll to Top