* Mengapa Pelabur Rugi?

“Saya fobia tengok kawan-kawan saya rugi melabur dalam pasaran saham”.

Itulah ungkapan yang diberikan kepada saya. Anehnya ungkapan itu keluar dari seseorang yang bergelar ahli akademik dalam bidang yang berkaitan perniagaan. Hati saya bertanya kenapa tidak dibuat kajian mengapa kawan-kawan itu rugi?

Dalam apa jua perniagaan ada yang gagal, ada yang berjaya.

Begitu juga dalam dunia pelaburan tidak kira samada pasaran saham, pasaran hadapan (derivative) ataupun forex. Ada yang selalu untung,  ada yang kerap rugi.

Mengapa ada yang berjaya dan ada yang gagal?. Persoalan inilah yang perlu kita rungkaikan agar ia menjadi renungan dan jawapan kepada ungkapan di atas.

Para pelabur atau bakal pelabur seharusnya mengambil orang yang berjaya sebagai model tetapi bukan mengambil orang yang gagal sebagai model justeru mengelak daripada menceburkan diri dalam sesuatu bidang.

Dalam bidang apapun walaupun risikonya amat rendah kita tetap akan gagal  seandainya kita sentiasa mengambil orang yang gagal sebagai model.

Dalam pasaran saham, sebelum kita membeli sesuatu saham adakah pelabur yang rugi ini pernah mengambil kira persoalan-persoalan yang selalu diambil kira oleh pelabur tulen berikut;

  • Apakah kekuatan kewangan sesebuah syarikat? Iaitu berapakah nisbah kecairan, nisbah hutang-ekuiti, nilai asset bersih sesaham, pendapatan sesaham dll.
  •  Apakah rancangan perniagaan sesuatu syarikat pada masa akan datang? Dan juga business modelnya.
  • Bagaimanakah rekod keuntungan dan pembayaran dividen untuk sekurang-kurangnya 5 tahun yang lalu dan apakah prospek keuntungan akan datang?
  • Adakah memahami perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat berkenaan?
  • Adakah saham yang dibeli itu pada harga terlebih atau terkurang nilai.

Banyak lagi persoalan-persoalan yang diambil kira dalam menilai sesuatu saham. Walaupun anda mungkin gemar menggunakan kaedah anasila teknikal, asas fundamental lebih diambil kira.

Jika para pelabur gagal menjawap kepada persoalan-persoalan di atas, maka itu adalah jawapan sebenar  mengapa pelabur selalu rugi dalam pelaburannya.

Ilmu yang membezakan antara pelabur yang berjaya dan gagal.

Tahukan anda,  Conrad Alvin Lim seseorang pelabur berasal dari Singapura yang gagal beberapa kali, tetapi akhirnya menjadi pelabur yang berjaya setelah memperdalami ilmu pelaburan malah kini beliau adalah guru pelaburan.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Scroll to Top