* Jangan Salah Menilai Kursus

Ketika menyampaikan Kursus Analisa Teknikal – Teknik Pattern/Breakout ialah pada 14hb Februari 2014 di Pusat Belia Antarabangsa yang dihadiri oleh 45 orang peserta, saya berkata secara bergurau “Saya tidak perlu mempamerkan kemewahan saya untuk membuktikan kebenaran teknik ini. Cukuplah sekadar mengikuti analisis saya dalam Facebook untuk mengetahuinya”.

Saya harap sebahagian alumni yang hadir ada di dalam grup dan masih akan ingat kata-kata itu.

Harian Metro bertarikh 19hb Jan 2016 (KLIK SINI) melapurkan beberapa individu telah tertipu berpuluh ribu ringgit seorang kerana menyertai kursus pelaburan forex. Yuran penyertaan ialah RM50,000 seorang. Malah ada yang lebih mahal bergantung kepada modul.

Antara teknik yang gunakan oleh penganjur untuk menggoda dan menarik penyertaan ialah dengan mempamerkan kemewahannya iaitu menunjukkan kereta mewahnya dan jumlah wang dalam bank. Ramai peserta terpesona lalu menyertainya dengan mengorbankan RM50,000. Begitu mahal yurannya sedangkan yuran yang mahal belum tentu terbaik.

Dinasihatkan anda sering beringat kepada diri sendiri  dan rakan-rakan untuk menilai sesuatu kursus bukan melihat kepada kemewahan penganjur atau speakernya, tidak kira samada kursus pelaburan saham, forex, emas, fcpo dan lain-lain.

Nilailah pada hasil kajiannya. Kemewahan boleh disangkal kerana kekayaan mungkin datang dari sumber lain. Tetapi hasil kajian tidak boleh disangkal.

Saya galakkan menyertai mana-mana kursus tetapi jangan sampai menjadi mangsa penipuan.

 

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Scroll to Top