* Kaunter Sikat

Dikalangan pemain lama dalam dagangan saham mungkin sudah terbiasa dengan istilah kaunter sikat. Namun dikalangan yang baru berjinak (newbie) mungkin tertanya-tanya tentang maksud istilah ini.

Istilah ini tidak ujud dalam mana-mana buku pelaburan kerana ia bukan satu istilah resmi tetapi hanya sebagai istilah bahasa pasar dalam dagangan saham. Ia juga bukan bermaksud syarikat berkenaan adalah pengeluar sikat.

Kaunter sikat ialah kaunter atau saham yang pergerakannya  mendatar dalam jajaran yang terhad atau sempit untuk tempoh yang agak lama. Dengan kata lain harga tertinggi dan terendah berada pada tahap yang sama dengan jajaran hanya dalam satu atau dua bida dalam tempoh yang  lama. Hasilnya ia terbentuk seperti sikat terutamanya jika dipandang dari sudut carta candlestick atau carta bar.

Pergerakan mendatar dalam jajaran yang terhad berlaku disebabkan tiada pemangkin yang positif atau negatif untuk mengerakkan harganya samada keatas atau kebawah.

Jika anda seorang pedagang yang lemah dari segi kuasa pegangan, elakkan kaunter seperti ini melainkan aliran positif mula tercetus.

Carta saham yang pergerakan seperti sikat

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Scroll to Top