* SPAC

SPAC adalah singkatan daripada “special purpose aquisition company”.

SPAC tidak perlu mempunyai rekod kewangan dan perniagaan tetapi ia perlu menerbit IPO seperti syarikat lain sebelum disenaraikan.

Tujuan SPAC disenaraikan ialah untuk mendapatkan dana dari orang awam sebagai modal untuk mengambilalih syarikat lain sebagai langkah memulakan perniagaan. Dengan kata lain syarikat ini sebenarnya tiada perniagaan sebelum disenaraikan.

SPAC diberi tempoh 3 tahun untuk mencari perniagaan selepas disenaraikan. Jika gagal ia akan dibubar dan dinyah senarai dari bursa dan perlu memulangkan semula wang pelabur yang diletakkan dalam akaun amanah.

Sebenarnya agak sukar untuk SPAC menguasai dan mengambil syarikat kerana ia memerlukan persetujuan daripada 75% pemegang saham. Sona Petroleum dan Cliq Energy antara syarikat yang gagal menguasai dan mengambil syarikat dan dinyahsenarai. Ini antara risiko yang akan dihadapi jika melabur dalam SPAC terutamanya kepada pemegang waran (setengah SPAC ada menerbitkan waran. Contohnya RSENA).

Pemegang waran tidak menerima pemulangan modal bila syarikat dibubarkan. Pemegang saham akan dipulangkan modal tetapi kemungkinan lebih rendah dari harga IPOnya.

Antara SPAC yang berjaya menguasai syarikat ialah Hibiscus dan prestasi harga saham tidak menghampakan. Kini ia tidak lagi berstatus SPAC.

 

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Scroll to Top