* ‘Small Cap’, ‘Mid Cap’ & ‘Big Cap’

Tiga istilah diatas pasti sering didengar oleh para pelabur pasaran saham.

Mana kelas saham yang murah dan senang faham? Whatsapp 013-7233600

Apakah ukuran dalam mengkategorikan saham yang dipanggil ‘small cap’, ‘mid cap’  dan ‘big cap’?

Ada beberapa pihak yang masih salah faham definisi tersebut. Ada yang menganggap ia bergantung kepada harga dipasaran semata-mata. Contoh , jika harga sesuatu saham tersebut ialah 15 sen , maka ia adalah ‘small cap’. Jika harga RM30 , maka ia adalah ‘big cap’.

Ada juga yang mengaitkan penentuan saiz tersebut mengikut bahagian pasaran dan prospek perniagaan .

Anggapan diatas sebenarnya tidak tepat

Pengkategorian ‘small cap’, ‘mid cap’ dan ‘big cap’ sebenarnya dibuat mengikut saiz permodalan pasaran (market capitalisation).

Apakah pula permodalan pasaran? Ia adalah nilai harga semasa dipasaran didarab dengan jumlah saham (outstanding share) syarikat berkenaan.

Untuk ‘small cap’ ialah adalah syarikat yang permodalan pasarannya dibawah RM200 juta.

‘Mid cap adalah untuk syarikat yang permodalan pasarannya diantara RM200 juta hingga ke kurang dari RM2 billion.

Maka bagi syarikat yang permodalan pasarannya RM2 billion keatas akan dikenali sebagai ‘big cap’. Saham ‘big cap’ biasanya dikalangan syarikat yang kukuh serta pemimpin dalam pasaran, industri dan sektor tetapi tidak semestinya.

Setiap pasaran saham mempunyai cara yang sama dalam mengkategorikan saham yang disenarai tetapi tahap nilai mungkin berbeza. Contoh , jika di Bursa Malaysia bagi ‘big cap’ ialah permodalan pasarannya ialah diatas RM2 biliion, tetapi dipasaran saham lain mungkin tanda arasnya.

Rujukan > Klik Sini

 

  • Sabri Jalil

kursussaham.com

Scroll to Top