* Penganalisis Bukan Tuhan

“You can throw your ‘head and shoulder’ into the dustbin”…

Itulah antara kemarahan seorang ahli korporat kepada seorang penganalisis saham terkemuka apabila penganalisis berkenaan meramalkan bahawa harga saham syarikat yang dimiliki akan jatuh tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin beliau puashati dalam kemarahan setelah tercabar saham syarikat yang dipimpin dikatakan akan jatuh dan mampu membuktikan harga saham syarikatnya tidak jatuh. Selamat imej beliau sebagai kapten sebuah syarikat tersenarai

Bukan mudah untuk menjadi penganalisis saham. Penganalisis membuat kajian dan jangkaan berdasarkan kepada maklumat dan formula tertentu tetapi perkara tidak dijangka boleh berlaku dan boleh memelesetkan analisisnya…

Dalam pasaran ada berbagai jenis manusia. Ada kaki judi, kaki manipulasi, kaki spekulasi dan pelabur dengan karakter dan pemikiran yang berbeza-beza serta sukar untuk dibaca.

Tindakan dan gelagat mereka bila-bila masa boleh mengejutkan keadaan. Dengan natijah berbagai perkara boleh berlaku, maka ia boleh mengubah jangkaan dan harapan. Namun membuat analisis tetap penting sebelum membeli sesuatu saham berbanding membeli mengikut hati kerana ia lebih menghampiri kepada perjudian yang mana kadar kegagalan menghampiri 99%.

Penganalisis adalah manusia biasa yang hanya mampu menjangka tetapi tidak mampu untuk menentu. Yang hanya boleh menentu ialah tuhan.

Manusia berusaha tuhan yang menentukan….

Sabri Jalil
http://kursussaham.com

Scroll to Top