Go to...

Wang Panas Dan Kesannya Keatas Pasaran Saham

Dalam dunia pelaburan mungkin anda pernah mendengar istilah wang panas atau “hot money”.

Dikalangan pelabur mungkin ada yang menanggap wang panas ialah  wang atau hasil yang datang dari kegiatan diluar batasan undang-undang seperti rasuah, perniagaan haram dan sebagainya. Anggapan itu tidak tepat atau mungkin hanya benar diluar kontek dunia pelaburan.

Dalam kegiatan pelaburan atau kewangan , wang panas didefinisikan sebagai wang atau dana yang dipindahkan oleh pelabur atau pengurus dana dari satu negara/wilayah ke negara/wilayah yang lain dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek hasil daripada kenaikan kadar faedah di sesuatu negara.

Pergerakan wang panas yang merentas sempadan akan berlaku apabila sesuatu kerajaan menaikkan kadar faedahnya. Sebagai contoh, Amerika Syarikat melalui bank pusatnya, Federal Reserve, pernah beberapa kali menaikkan kadar faedahnya dan telah menyebabkan pengaliran keluar dana dari negara-negara tertentu ke Amerika Syarikat

Tujuan pelabur atau pengurus dana memindahkan dana dari negara lain ke Amerika Syarikat ialah untuk mengambil kesempatan meraih keuntungan jangkapendek, biasanya tiga bulan. Walaupun keuntungan mungkin hanya 3 hingga 4 peratus setahun tetapi ia adalah satu kesempatan yang baik untuk meraih keuntungan jangka pendek tanpa risiko (seperti deposit tetap, bon jangka pendek dan lain-lain) sebelum mereka meletakkan semula dana ke pasaran yang berisiko.

Pengaliran keluar wang panas ini biasanya akan menurunkan nilai pertukaran mata wang negara yang mengalami pengaliran keluar dana. Sebaliknya pula nilai pertukaran mata wang negara yang menerima pengaliran masuk dana akan meningkat.

Bagaimana pula kesannya keatas pasaran saham?

Memandangkan bahawa dana yang dialirkan keluar juga melibatkan dana dalam pasaran saham di sesebuah negara maka pasaran saham di negara berkenaan akan mengalami kejatuhan . Namun kejatuhan berlaku kebiasaan hanya dalam tempoh jangka pendek kerana pengurus dana akan kembali semula ke pasaran saham selepas tempoh pelaburan berpendapatan tetap berakhir.

Maka itu apabila sesebuah negara berura-ura untuk menaikkan kadar faedah terutama negara ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain ia seharusnya diberi perhatian oleh pelabur atau pedagang pasaran saham.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 

About admin

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600