* Siapa Kata Kaunter PN17 Tidak Boleh Duit?

Itu adalah kata-kata seorang trader sambil menunjukkan bukti transaksi yang menunjukkan satu keuntungan nipis.

Apa saja kaunter boleh dibuat duit asalkan ada pergerakan yang positif. Tetapi perlu diketahui bahawa ada kaunter yang sesuai hanya untuk jangka pendek dan ada kaunter yang sesuai untuk jangka sederhana dan panjang.

Kaunter yang kurang berkualiti hanya untuk sesuai jangka pendek. Apakah kaunter yang kurang berkualiti? Ia kaunter yang lemah fundamentalnya seperti rekod keuntungan yang sentiasa negatif, hutang yang tinggi dan tunai yang rendah.

Kaunter PN17 antara kaunter yang rendah kualitinya kerana nilai bersih yang negatif, bermaksud hutangnya melebihi asset. Risiko sangat tinggi.

Tidak salah anda membeli kaunter PN17 asalkan anda nampak  ada pergerakan dari petunjuk teknikal tetapi anda juga perlu sedar bahawa RISIKONYA SANGAT TINGGI . Maka itu anda juga perlu tahu apa objektif membeli kaunter PN17. Untuk jangka pendek atau panjang?

Apakah tindakan jika jangkaan meleset dan harga bergerak tidak mengikut arah yang anda jangkakan?

Adakah anda akan “cut loss” atau peram?

Jika anda memlilih untuk memeram ada kemungkinan ketika sedang memeram  kaunter PN17 tiba-tiba ia digantung  dari dagangan dan kemudiannya dinyah senarai dari bursa.

Sikap leka atau tidak mengetahui bahawa kaunter PN 17 yang dibeli atau dipegang akan digantung dan dinyah senarai sering berlaku. Di sini bahayanya.

Apakah akibat jika saham PN17 dinyah senarai?

Jika syarikat masih ujud anda tetap pemegang saham syarikat tetapi saham anda tidak boleh dijual dipasaran saham.

Maka itu awaslah jika membeli kaunter PN17. Sebaik-baiknya  ELAKKAN jika anda bukan pemgambil risiko yang tinggi.

 

  • Sabri Jalil
Scroll to Top