* Melabur Di Pasaran Saham, Bagaimana Harus Bermula?

Pelabur perlu membuka dua jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS dan akaun urusniaga (trading account) .

a) Akaun CDS (Central Depository System)

Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum mem buka akaun urusniaga. Ia boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham.

Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan.Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.

Setiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik.

Kos untuk membuka akaun CDS ialah RM10.60

b) Akaun urusniaga (Trading account)

Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier.

Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.

c) Bagaimana berurusniaga?

Asalkan pelabur sudah mempunyai kedua-dua akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.

d) Masa urusniaga

Urusniaga dikendalikan oleh Bursa Malaysia lima hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat melainkan hari cuti umum peringkat kebangsaan dan Wilayah Persekutuan. Pada hari cuti umum pe ringkat negeri, urusniaga tetap dijalankan.

Urusniaga dibahagi kepada dua sessi setiap hari, iaitu;

Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm
Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm

Anda ingin membuka akaun CDS dan urusniaga (trading)?…hubungi : 013-7233600

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 

Scroll to Top