Go to...

Trading Limit

Setiap individu yang membuka trading akaun dengan mana-mana broker saham akan diberi trading limit.

Trading limit ialah had nilai dagangan.

Biasanya yang dikenakan had ialah keatas pembelian. Ini bermakna setiap pelabur mempunyai had yang maksimum untuk membeli. Ia bergantung kepada pertimbangan broker dan kemampuan pelabur.

Tujuan trading limit ialah untuk mengelakkan pendedahan risiko yang berlebihan kepada pelabur.

Saiz trading limit yang diberi bergantung kepada polisi broker.

Ada broker yang mensyaratkan pelabur meletakkan deposit samada wang tunai di dalam trust account atau saham barulah pelabur akan diberikan trading limit. Tanpa trading limit pelabur tidak dapat melaksanakan pembelian saham

Ada juga broker memberi trading limit pada jumlah tertentu tanpa deposit tetapi jumlah tersebut tidak terlalu besar dan ia akan diubahsuai apabila pelabur meletakkan deposit atau pelabur sudah mempunyai saham yang sudah dibayar dalam akaun CDS.

Testimoni Peserta KURSUS DUNIA SAHAM

 

Jika trading limit digunakan, dengan kata lain pelabur mula membeli, saham trading limit akan berkurangan. Contoh jika trading limit anda ialah RM30,000 dan membeli saham nilainya RM10,000, maka baki trading limit ialah RM20,000. Bermakna itulah nilai maksimum untuk pembelian berikutnya. Trading limit akan kembali kepada jumlah asal iaitu RM30,000 apabila anda membuat pembayaran ke atas saham yang dibeli atau bila anda menjual jika anda gagal membayarnya.

Tiada pelabur yang tiada trading limit.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

About Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600

Leave a Reply

Your email address will not be published.