* Jangan Suka Menyedapkan Hati

Satu perkara merbahaya yang perlu dijauhi oleh pelabur/pedagang ialah  sikap “suka menyedapkan hati”.

Maksud ungkapan ini ialah anda sering memberitahu diri sendiri bahawa saham yang dipegang sekarang akan meningkat semula walaupun sudah ada tanda-tanda akan jatuh berterusan. Anda terus memegangnya kerana saham tersebut masih dalam kedudukan rugi dan kerana takutkan rugi maka anda enggan melepaskannya.

Untuk menyedapkan hati maka anda mengandaikan bahawa ia pasti akan meningkat semula dalam tempoh singkat walaupun andaian anda tiada asas yang kukuh, lantaran anda memujuk diri sendiri supaya jangan menjualnya sekarang.

Untuk menjadi pelabur/pedagang  yang berjaya, sila hindari sikap negatif ini.

Jika  ada ‘red flag’ keatas saham yang anda kerana ada isu-isu tertentu dan dari segi teknikal  ada petunjuk akan jatuh berterusan dan tiada potensi untuk meningkat semula ketika itu, maka anda perlu bertindak menjual secepat mungkin walaupun dalam keadaan rugi.

Memang benar akan rugi tetapi tindakan demikian akan mengelakkan anda mengalami rugi yang lebih besar. Tindakan ini dipanggil sebagai “cut loss”.

Menjual untuk mengelak rugi atau rugi menjadi lebih besar tidak semestinya anda melupakan terus. Mungkin anda boleh membeli semula jika ada petanda bahawa harga akan meningkat semula tetapi mesti bersandarkan kepada asas yang kukuh samada teknikal atau fundamental.

Sebaik-baiknya gunakan petunjuk teknikal sebagai panduan kerana dengan teknikal anda boleh membaca perubahan sentimen. Apapun anda perlu mengetahui bagaimana untuk membaca petunjuk teknikal yang sebenarnya tidak sukar. Petunjuk teknikal akan memberi isyarat kepada anda dari segi masa sesuai (timing) untuk membeli dan menjual.

Maka anda dinasihatkan mempelajarilah ilmu petunjuk teknikal untuk menjadikan anda sebagai pelabur yang lebih berjaya.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Scroll to Top