* Orang Macam Saya Tidak Layak Beli Saham Ke?

“Kenapa sejak akhir ini bila saya beli asyik tak dapat?. Orang macam saya tidak layak beli saham ke?”

Di atas adalah luahan rasa tidak puashati seorang pelabur kepada remisiernya apabila saham yang dipesan beli pada harga yang ditetapkan sentiasa tidak berjaya. Tidak puas hati kerana menyangka remisier bersikap pilih kasih dalam menguruskan pesanan belian dan jualan.

…… Harga patut… ilmu mantap …… 5 bintang ….

Dalam pasaran saham tidak timbul soal layak atau tidak apabila saham yang dipesan untuk membeli atau menjual tidak berjaya. Juga tidak timbul sikap pilih kasih oleh remisier. Ini kerana remisier bukan penentu harga untuk membolehkan saham tersebut MESTI berjaya dibeli atau dijual mengikut harga yang pelabur mahu. Remisier hanya meletakkan harga mengikut apa yang pelabur mahu dan kejayaannya  adalah ditentukan oleh pasaran.

Berikut adalah penerangan untuk kefahaman;

Jika pelabur mahu membeli saham ABC pada harga RM1.20 sebanyak 10,000 saham tidak semestinya pelabur akan berjaya mendapatnya pada harga dan kuantiti yang dikehendaki.

Dari segi harga kejayaan bergantung kepada kepada keujudan harga sepadan yang sanggup ditawarkan oleh penjual (disebut sebagai pelabur penjual).

Dalam kes ini pelabur ingin membeli  (disebut sebagai pelabur pembeli) pada harga  RM1.20 tetapi harga jualan terendah yang tertera dalam sebut harga jualan ialah RM1.21 , ini satu situasi dipanggil sebagai harga tidak sepadan dan pembeli tidak akan dapat membelinya.

Jika situasi  tidak berubah atau harga jualan tidak turun ke RM1.20 untuk sepadan dengan harga belian sehingga pasaran ditutup maka impian pelabur  pembeli  untuk membeli pada harga RM1.20 tidak tercapai.

Dari segi kuantiti pula, samada pelabur pembeli berjaya mendapatkan pada kuantiti yang dikehendaki bergantung kepada kuantiti  aggregat yang ditawarkan pelabur penjual dan kedudukan pesanan (order) ketika ia dihantar.

Dalam satu situasi dimana pelabur  penjual hanya ingin menjual sebanyak 6000 saham sedangkan pelabur pembeli mahukan 10,000 saham maka pelabur pembeli hanya akan mendapat membeli sebanyak 6000 saham sahaja.  Bakinya perlu menunggu dari pelabur penjual  yang lain yang sunggup menjual pada harga RM1.20 untuk mencukupkan kuantiti 10,000 saham.

Dalam satu lagi situasi dimana kuantiti belian yang tertera dalam sebut harga belian terlalu banyak , contohnya ada 1 juta saham,  ketika pesanan dimasukkan , maka kedudukan pesanan pelabur pembeli berkenaan adalah terkebelakang.

Katakan hanya 600,000 saham yang sanggup dijual oleh para pelabur penjual , maka hanya jumlah itu sahaja yang terlaksana pada harga RM1.20 dan baki 400,000 saham lagi tidak terlaksana, dengan kata lain 400,000 saham yang ingin dibeli pada harga RM1.20 gagal untuk dibeli kerana kuantiti dari pihak jualan tidak seimbang. Akibatnya pelabur pembeli yang terkebelakang terlepas peluang untuk membeli pada harga RM1.20.

Begitu juga sebaliknya mekanisme yang berlaku jika pelabur ingin menjual pada harga dan kuantiti yang dikehendaki. Ia bergantung kepada harga sepadan dari harga beli pula.

Kesimpulannya , mekanisme pasaran (permintaan dan penawaran) yang menentukan kejayaan harga dan kuantiti saham yang ingin dibeli atau dijual dan bukan tangan ajaib remisier.

 

Analogi  untuk memudahkan kefahaman;

Seorang penjual kasut ingin menjual 5 pasang kasutnya pada harga RM70 sepasang. Jika pembeli hanya sanggup membayar pada harga RM60 maka urusniaga antara penjual dan pembeli tidak terlaksana.

Katakan muncul seorang pembeli sanggup membeli RM70 tetapi hanya mahu sepasang, maka sepasang kasut sudah terjual. Untuk baki 4 pasang penjual perlu menunggu pembeli lain yang sanggup membeli pada harga berkenaan.

Jika ada beberapa pembeli muncul dengan menawarkan harga rendah iaitu RM65 sepasang dan penjual mahu menjualnya dengan serta merta maka ia perlu menurunkan harga kepada RM65.

Begitu juga urusniaga saham di pasaran saham

Adalah amat penting memahami mekanisme atau hukum  permintaan dan penawaran dalam pasaran saham agar pelabur tidak mudah untuk tidak puas hati.

……….Tak perlu beribu untuk kelas saham…….

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Scroll to Top