* Rempah Ratus Mencetus Pasaran Saham Pertama Dunia

Bila anda melihat gambar yang diberi pasti anda tahu ia adalah rempah ratus dan kaitannya hanyalah dapur. Ia penyedap ramuan dari ratusan tahun hingga kini.

Namun mungkin ramai  tidak tahu dan mempercayai bahawa  rempah ratus adalah faktor yang mendorong ujudnya pasaran saham pertama di dunia.

Dalam abad ke 17 rempah telah ratus mendapat permintaan yang tinggi di Eropah. Namun sumber rempah ratus terletak di Asia Tenggara terutamanya kepulauan Maluku. Ia menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah barat.

Kerajaan Belanda adalah kuasa besar Eropah yang bercita-cita menguasai perdagangan rempah. Untuk melaksana dan mencapai misi sebuah syarikat milik kerajaan ditubuhkan iaitu VOC atau Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1602.

Sejumlah besar kapal dagang diperlukan untuk mengangkut bahan dagangan rempah dan lain-lain dari Asia Tenggara ke Eropah. Selain kapal dagang, sejumlah besar kapal ketenteraan juga diperlukan untuk melindungi kepentingan Belanda di tanah-tanah jajahan terutamanya ladang-ladang rempah dan pelabuhan.

Dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita tersebut satu kekangan telah timbul iaitu pembiayaan atau modal.

Bagaimana untuk membiayai semua ini sedangkan dana milik Raja Belanda sangat terhad? Maka datang idea dari Raja Belanda sendiri supaya rakyat terlibat dalam pembiayaan misi ini. Sebagai balasan rakyat akan mendapat keuntungan.

Maka VOC telah menerbitkan saham untuk rakyat atau awam. Istilah sekarang ialah IPO. VOC mencatat sejarah menjadi syarikat pertama menerbitkan saham.

Dimana saham-saham yang diterbitkan itu diurusniagakan?

Ia diurusniaga di atas sebuah jambatan Sungai Amstel di Amsterdam. Itulah pasaran saham yang pertama di dunia.

Dengan kata lain, pasaran saham pertama ujud di Amsterdam dan kini kekal dengan nama Amsterdam Stock Exchange. Ujudnya pasaran saham itu kerana ingin memonopoli dan perdagangan rempah di Asia Tenggara untuk memenuhi permintaan besar di pasaran Eropah.

Dah tahu teknik melabur selepas kursus…. Nak kursus? .. whatsapp 013-7233600

Belanda muncul sebagai kuasa monopoli perdagangan rempah selama beratus tahun . Satu misi yang berjaya dicapai melalui pasaran saham.

Ia adalah satu contoh peranan pasaran saham dalam menyumbang kepada perkembangan sesebuah syarikat dan pembangunan sesebuah negara.

Sabri Jalil

kursussaham.com

 

Scroll to Top