Go to...

Perancangan Modal Dalam Pelaburan Adalah Mustahak

Didapati masih ramai pelabur tidak mempunyai perancangan modal (capital planning) yang rapi sebelum dan semasa melabur.

Apakah yang dimaksudkan sebagai perancangan modal?

Ia merujuk kepada berapa banyak atau peratus  modal dari jumlah wang lebihan yang pelabur ada untuk sesuatu jenis pelaburan.

Perancangan modal penting untuk tujuan kawalan risiko.

Contoh, jika pelabur mempunyai sejumlah RM100 ribu untuk tujuan pelaburan, harus ditetapkan berapa peratus peruntukan untuk sesuatu jenis pelaburan seperti hartanah, saham, amanah saham dan lain-lain. Tidak bijak jika semua modal yang ada disuntik hanya kedalam satu jenis pelaburan kerana setiap jenis pelaburan mempunyai tahap risiko yang berbeza.

Pengagihan untuk setiap jenis pelaburan seharusnya mengikut tahap risiko. Lagi rendah risiko lagi besar peruntukan, lagi tinggi risiko lagi rendah peruntukan. Mungkin pelabur boleh memperuntukan 25% untuk pasaran saham, 35% untuk hartanah dan 40% untuk hartanah. Ia akan berbeza bagi setiap pelabur kerana bergantung kepada profil risiko dan usia pelabur.

Jika sudah ditetapkan sejumlah modal untuk pelaburan pasaran saham, maka pelabur harus mempunyai plan samada semua modal yang ada tersebut akan dilabur untuk tujuan jangka panjang atau jangka pendek atau kedua-duanya. Jika mempunyai matlamat jangka panjang dan jangka pendek setiap matlamat harus ditetapkan saiz modalnya. 

Sebaik-baiknya matlamat jangka panjang peruntukan lebih besar dari jangka pendek. Ini kerana dalam  pelaburan, terutamanya saham,  lagi panjang matlamat lagi rendah risiko, lagi pendek matlamat lagi tinggi risiko. Ini penting diketahui kerana setiap matlamat mempunyai strategi yang berbeza.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

About admin

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600

Leave a Reply

Your email address will not be published.