* Pentingnya Mengetahui Tahap Sokongan Dan Halangan

Tahap sokongan (support) dan halangan (resistance) adalah sebahagian daripada konsep asas yang amat penting dan perlu ketahui oleh para pelabur dan pedagang, tidak kira samada dalam urusniaga saham, forex atau komoditi.

Sokongan ialah tahap dimana harga terendah sesuatu saham itu boleh bertahan dan berpotensi untuk meningkat, manakala halangan ialah harga tertinggi yang dicapai oleh sesuatu saham dan berpotensi untuk turun.

Pelabur/pedagang  yang bijak perlu mengetahui tahap sokongan dan halangan ini supaya ia boleh mengetahui masa yang sesuai untuk membeli dan menjual. Kegagalan mengetahui tahap-tahap tersebut akan menyebabkan pelabur atau pedagang mudah terperangkap kerana mungkin membeli pada harga yang sudah hampir dengan halangan iaitu satu tahap harga yang dianggap sudah terlalu tinggi dan risikonya juga tinggi.

Sebaliknya jika pelabur/pedagang mengetahuinya, ia boleh membeli ketika harga masih hampir dengan tahap sokongan dan mengelak membeli jika sudah jauh dari tahap sokongan dan hampir pada halangan.

Testimoni Perserta KURSUS DUNIA SAHAM

Mengetahui  samada sokongan dan halangan tersebut bersifat kuat atau lemah juga adalah penting kerana impaknya adalah berbeza.

Ada dua jenis sokongan dan halangan iaitu sokongan/halangan yang statik dan sokongan/halangan yang dinamik.

Bagaimana untuk mencari atau mengenalpasti tahap sokongan dan halangan dan mengetahui kekuatannya?

Pelabur/pedagang boleh mengesan dengan memahami carta atau analisis teknikal.

Pengetahuan tentang konsep tersebut boleh diperoleh dengan mempelajari daripada mereka yang mengetahui atau menyertai kursus, seminar, bengkel atau dengan membaca. Terpulang kepada keselasaan dan kemampuan untuk memahami.

 

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 

Bukan sedikit bilangan pelabur yang membeli saham tanpa mengetahui apakah objektif mereka membeli saham.  Objektif merujuk kepada samada membeli untuk jangka pendeik, pertengahan atau panjang.

Pentingnya mengetahui objektif ketika membeli saham ialah kerana setiap objektif harus mempunyai strategi berbeza. Jika pelabur menggunakan strategi yang tidak sesuai dengan objektifnya, maka  ia akan mengundang kegagalan.

Ada beberapa strategi dalam pelaburan antaranya sering kita dengar ialah strategi kontrarian, strategi momentum, strategi nilai dan lain-lain. Yang mana satukah perlu seorang pelabur gunakan jika membeli saham untuk jangka pendek?. Jika pelabur tersalah strategi maka ia akan menerima padah. Untuk mengelakkan perkara ini maka adalah disyorkan supaya pelabur mengambil perhatian akan perkara ini.

Maka, amat penting menetakan objektif sesuatu saham yang dibeli dan mengetahui strategi sesuai yang perlu dilaksanakan. Melabur tanpa objektif dan strategi bermakna melabur membuta tuli. Ia adalah pertaruhan yang amat tinggi risikonya.

Testimoni Peserta KURSUS DUNIA SAHAM

 

Sabri Jalil

http:///kursussaham.com

SPAC adalah singkatan daripada “special purpose aquisition company”.

SPAC tidak perlu mempunyai rekod kewangan dan perniagaan tetapi ia perlu menerbit IPO seperti syarikat lain sebelum disenaraikan.

Tujuan SPAC disenaraikan ialah untuk mendapatkan dana dari orang awam sebagai modal untuk mengambilalih syarikat lain sebagai langkah memulakan perniagaan. Dengan kata lain syarikat ini sebenarnya tiada perniagaan sebelum disenaraikan.

SPAC diberi tempoh 3 tahun untuk mencari perniagaan selepas disenaraikan. Jika gagal ia akan dibubar dan dinyah senarai dari bursa dan perlu memulangkan semula wang pelabur yang diletakkan dalam akaun amanah.

Sebenarnya agak sukar untuk SPAC menguasai dan mengambil syarikat kerana ia memerlukan persetujuan daripada 75% pemegang saham. Sona Petroleum dan Cliq Energy antara syarikat yang gagal menguasai dan mengambil syarikat dan dinyahsenarai. Ini antara risiko yang akan dihadapi jika melabur dalam SPAC terutamanya kepada pemegang waran (setengah SPAC ada menerbitkan waran. Contohnya RSENA).

Pemegang waran tidak menerima pemulangan modal bila syarikat dibubarkan. Pemegang saham akan dipulangkan modal tetapi kemungkinan lebih rendah dari harga IPOnya.

Antara SPAC yang berjaya menguasai syarikat ialah Hibiscus dan prestasi harga saham tidak menghampakan. Kini ia tidak lagi berstatus SPAC.

 

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Ketika menyampaikan Kursus Analisa Teknikal – Teknik Pattern/Breakout ialah pada 14hb Februari 2014 di Pusat Belia Antarabangsa yang dihadiri oleh 45 orang peserta, saya berkata secara bergurau “Saya tidak perlu mempamerkan kemewahan saya untuk membuktikan kebenaran teknik ini. Cukuplah sekadar mengikuti analisis saya dalam Facebook untuk mengetahuinya”.

Saya harap sebahagian alumni yang hadir ada di dalam grup dan masih akan ingat kata-kata itu.

Harian Metro bertarikh 19hb Jan 2016 (KLIK SINI) melapurkan beberapa individu telah tertipu berpuluh ribu ringgit seorang kerana menyertai kursus pelaburan forex. Yuran penyertaan ialah RM50,000 seorang. Malah ada yang lebih mahal bergantung kepada modul.

Antara teknik yang gunakan oleh penganjur untuk menggoda dan menarik penyertaan ialah dengan mempamerkan kemewahannya iaitu menunjukkan kereta mewahnya dan jumlah wang dalam bank. Ramai peserta terpesona lalu menyertainya dengan mengorbankan RM50,000. Begitu mahal yurannya sedangkan yuran yang mahal belum tentu terbaik.

Dinasihatkan anda sering beringat kepada diri sendiri  dan rakan-rakan untuk menilai sesuatu kursus bukan melihat kepada kemewahan penganjur atau speakernya, tidak kira samada kursus pelaburan saham, forex, emas, fcpo dan lain-lain.

Nilailah pada hasil kajiannya. Kemewahan boleh disangkal kerana kekayaan mungkin datang dari sumber lain. Tetapi hasil kajian tidak boleh disangkal.

Saya galakkan menyertai mana-mana kursus tetapi jangan sampai menjadi mangsa penipuan.

 

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Saham spekulasi ialah saham dimana harga digerakkan oleh berita yang disebarkan oleh pihak tertentu dan belum pasti kesahihannya.

Harga saham ini akan meningkat secara mendadak apabila berleluasanya berita mengenainya. Selaras dengan kenaikan yang mendadak maka kejatuhanya juga akan mendadak.

Ini bermakna saham ini berisiko tinggi tetapi keuntungan juga adalah tinggi dalam tempoh yang singkat.

Saham spekulasi sentiasa dinanti dan menjadi buruan spekulator iaitu pelabur yang suka mengaut keuntungan yang cepat tetapi mengenepikan elemen fundamental dalam membuat keputusan. Bila munculnya saham spekulasi ini ada pihak yang mengaut keuntungan singkat dan lumayan tetapi  tidak kurang juga mengalami kerugian “lumayan”.

Yang untung lumayan pastinya dari mereka yang bijak menangkap dan yang rugi pula dari mereka yang suka menangkap tetapi sering terperangkap.

Untuk menjana untung melalui saham spekulasi, ia  bukan saja memerlukan keberanian tetapi kebijaksanaan terutamanya dari segi “timing”. Petunjuk teknikal amat berguna dan membantu anda dalam perkara ini.

Ia akan memberi petunjuk samada berita spekulasi tersebut masih peringkat awal dan belum mendapat reaksi yang meluas yang mana ia adalah masa terbaik jika anda ingin membelinya . Atau, adakah ia sudah mendapat reaksi yang luas dan harga sudah meningkat dengan cepat dan tinggi dimana risikonya terlalu tinggi jika anda memasukinya.

Jika anda adalah peminat saham spekulasi pastikan anda mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan teknikal yang secukupnya. Jika tidak anda perlu menjauhi saham seperti ini kerana ia tidak sesuai dengan anda.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 

Dalam memilih saham untuk pelaburan , analisis fundamental adalah mustahak.

Salah satunya ialah masa depan sektor perniagaan yang diceburi. Sektor yang mempunyai perkembangan dan prospek yang baik akan membuatkan syarikat mempunyai prospek keuntungan yang baik. Ini pula akan membolehkan peningkatan harga saham berkenaan dalam jangka panjang.

Carta untuk 3 syarikat yang terlibat dalam penerbitan akhbar bercetak yang keuntungan dan harga saham makin merosot.

Sektor akhbar bercetak ialah antara sektor dalam industri media yang sedang menurun. Dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai “sunset industry”.

Utusan, Star dan Media ialah antara saham tersenarai yang terlibat dalam akhbar bercetak. Harga sahamnya makin merosot seiring dengan prestasi sektor kerana saingan dengan media social.

Pandangan peribadi saya, hindarkan membeli saham yang berkaitan dengan akhbar bercetak buat masa ini, Saham bekenaan tidak sesuai sebagai pelaburan. Prospek tidak menentu walaupan ada yang kukuh dari segi fundamental.

Sabri Jalil
http://kursussaham.com

“You can throw your ‘head and shoulder’ into the dustbin”…

Itulah antara kemarahan seorang ahli korporat kepada seorang penganalisis saham terkemuka apabila penganalisis berkenaan meramalkan bahawa harga saham syarikat yang dimiliki akan jatuh tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin beliau puashati dalam kemarahan setelah tercabar saham syarikat yang dipimpin dikatakan akan jatuh dan mampu membuktikan harga saham syarikatnya tidak jatuh. Selamat imej beliau sebagai kapten sebuah syarikat tersenarai

Bukan mudah untuk menjadi penganalisis saham. Penganalisis membuat kajian dan jangkaan berdasarkan kepada maklumat dan formula tertentu tetapi perkara tidak dijangka boleh berlaku dan boleh memelesetkan analisisnya…

Dalam pasaran ada berbagai jenis manusia. Ada kaki judi, kaki manipulasi, kaki spekulasi dan pelabur dengan karakter dan pemikiran yang berbeza-beza serta sukar untuk dibaca.

Tindakan dan gelagat mereka bila-bila masa boleh mengejutkan keadaan. Dengan natijah berbagai perkara boleh berlaku, maka ia boleh mengubah jangkaan dan harapan. Namun membuat analisis tetap penting sebelum membeli sesuatu saham berbanding membeli mengikut hati kerana ia lebih menghampiri kepada perjudian yang mana kadar kegagalan menghampiri 99%.

Penganalisis adalah manusia biasa yang hanya mampu menjangka tetapi tidak mampu untuk menentu. Yang hanya boleh menentu ialah tuhan.

Manusia berusaha tuhan yang menentukan….

Sabri Jalil
http://kursussaham.com

Menjual tidak semesti mengikut harga sasaran walaupun telah diukur berapakah harga potensi atau sasaran.

Satu bonus jika dapat menjual melebihi harga sasaran dan satu kepuasan berganda jika dapat menjual pada harga yang melebihi sasaran. Namun ia masih satu kejayaan jika dapat menjual pada harga untung walaupun bukan pada harga sasaran.

Jika anda mendapati harga tidak mampu mencapai sasaran , maka tindakan mengambil untung harus dilaksanakan sebelum  ia bertukar menjadi kerugian.

Dalam pada itu anda perlu mencari tahap sokongan dan tingkatkan tahap sokongan sebagai tanda aras untuk menentukan titik keluar dengan keuntungan . Ini perlu supaya untung yang sudah terjana dapat dilindungi.

Ada berbagai cara untuk menentukan harga sasaran. Begitu juga dengan tahap sokongan untuk melindungi keuntungan dan meminumkan tahap kerugian.

Ia perlu dipejari.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

Setiap saham dan lain-lain instrument pelaburan yang disenarai mempunyai had maksimum dan minimum untuk pergerakan harga sehari.

Had maksimun untuk peningkatan harga dikenali sebagai limit up, manakala had maksimun untuk penurunan harga dikenali sebagai limit down.

Bagi saham yang berharga kurang dari RM1.00 had maksimun pergerakan ialah 30 sen. Contoh jika harga sesuatu saham ditutup pada harga 10 sen pada hari semalam maka harga pada hari ini jika meningkat ialah boleh mencapai setingga 40 sen sahaja dan tidak lebih dari itu dan sebaliknya jika berlaku penurunan.

Bagi saham yang berharga RM1.00 dan keatas had maksimum pergerakan ialah 30%. Contoh jika harga sesuatu saham ditutup pada harga RM1.10 pada hari semalam maka harga pada hari ini jika meningkat ialah boleh mencapai setingga RM1.40 sen sahaja dan tidak lebih dari itu dan sebaliknya jika berlaku penurunan.

Pergerakan harga yang telah mencapai limit up atau limit down boleh dilihat bila hanya satu harga sahaja yang kelihatan samada pada buy atau sell bergantung kepada limit up atau limit down.

Apabila berlaku limit up dan harga limit up pada masa itu ialah 0.305 anda tidak dibenar membeli dan menjual melebihi harga tersebut. Jika anda cuba meletakkan harga melebihi harga tersebut ia akak ditolak oleh sistem. Begitu juga bila berlaku limit down.

 

Sabri Jalil

kursussaham.com

Pelabur perlu membuka dua jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS dan akaun urusniaga (trading account) .

a) Akaun CDS (Central Depository System)

Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum mem buka akaun urusniaga. Ia boleh dibuka di mana-mana syarikat broker saham.

Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan.Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.

Setiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik.

Kos untuk membuka akaun CDS ialah RM10.60

b) Akaun urusniaga (Trading account)

Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier.

Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.

c) Bagaimana berurusniaga?

Asalkan pelabur sudah mempunyai kedua-dua akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.

d) Masa urusniaga

Urusniaga dikendalikan oleh Bursa Malaysia lima hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat melainkan hari cuti umum peringkat kebangsaan dan Wilayah Persekutuan. Pada hari cuti umum pe ringkat negeri, urusniaga tetap dijalankan.

Urusniaga dibahagi kepada dua sessi setiap hari, iaitu;

Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm
Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm

Anda ingin membuka akaun CDS dan urusniaga (trading)?…hubungi : 013-7233600

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 


Scroll to Top