Go to...

Siapakah Remisier?

Jika anda terlibat dalam pelaburan di pasaran saham istilah tersebut pasti melekat dilidah anda.

Beliaulah individu yang harus anda hubungi jika anda ingin melabur saham di pasaran saham.

Remisier juga dipanggil sebagai wakil peniaga saham atau dealer’s representative atau capital market service representative. Apa saja istilah ia adalah individu yang sama dan memainkan peranan yang sama.

Di setengah Negara seperti Amerika Syarikat remisier di panggil sebagai stock broker.

Di Malaysia stock broker merujuk kepada institusi yang menjalankan perniagaan pembrokeran saham seperti bank pelaburan atau syarikat sekuriti (tetapi bukan syarikat kawalan keselamatan).

Remisier adalah individu yang diberi tauliah atau lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti iaitu badan tertinggi yang mengawal keseluruhan industry pelaburan Negara.

Untuk melayakkan diri sebagai seorang remisier beliau mesti sekurangnya memiliki ijazah sarjana muda. Selain itu ia juga mesti lulus pepereksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Apakah peranan Remisier dan tanggungjawabnya kepada pelabur?

Ada yang berpendapat Remisier adalah pengambil pesanan (order taker) dari pelabur yang ingin membeli dan menjual saham. Ya benar itulah asalnya peranan remesier. Tetapi zaman sudah berubah dan tuntutan sudah berubah mengikut masa.

Sesuai dengan perubahahan zaman dan tuntutan, maka peranan remisier zaman kini bukan hanya sebagai pengambil pesanan (order taker) tetapi mereka juga memainkan peranan sebegai rujukan dan penasihat kepada pelanggannya (pelabur dan pedagang) dalam apa saja perkara yang berkaitan dengan urusniaga. Ia adalah antara sebab mengapa Suruhanjaya Sekuriti telah menaikkan taraf kelayakan minimum kepada ijazah pada awal tahun 1990an berbanding dengan hanya SPM sebelumnya.

Bila seorang pelabur bertanya “Apa saham boleh dibeli. Berapa harga boleh naik?”, maka disitu bermulalah cabaran seorang remisier masa kini.

Mungkin sebahagian masih tidak mengetahui khidmat remisier adalah dibayar oleh pelabur dalam setiap urusniaga. Ia dipanggil yuran broker. Oleh kerana pelabur membayar khidmat remisier maka gunakan khidmat dan dapatkan pandangan remisier anda.

Sabri Jalil
http://kursussaham.com

About Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600

Leave a Reply

Your email address will not be published.