Go to...

Menyesal Dalam Untung vs Menyesal Dalam Rugi

Anda beli saham, anda jual, anda untung, anda gembira.

Tetapi saham yang anda telah jual naik lagi. Anda menyesal.

Gembira bertukar menjadi menyesal.

Allahyarham Datuk Salleh Majid, bekas Presiden BSKL pernah berpesan, bila anda telah menjual saham tetapi ia naik lagi kemudian lupakan kejadian itu. Biarlah ia naik. Yang penting anda untung.

Jangan terbawa-bawa insiden itu bila anda membeli saham lain. Anda menangguhkan untuk menjual dari harga yang anda telah tetapkan kerana takut ia naik lebih tinggi lagi seperti yang berlaku keatas saham sebelumnya yang menyebabkan anda menyesal.

Ini satu sifat yang buruk. Mengapa?

Bila anda gagal menjual ketika masih kedudukan untung tetapi terpaksa menjual bila harga jatuh yang menyebabkan rugi, anda lagi akan menyesal.

Melainkan anda mempunyai jumlah saham yang banyak dan menjual secara berperingkat, itu tidak mengapa.

Displin adalah nombor satu dalam pelaburan saham.

Saya tidak pernah lupa berpesan dalam setiap kursus;

“MENYESAL DALAM KEUNTUNGAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYESAL DALAM KERUGIAN”

Yang mana pilihan anda?

Sabri Jalil                                                                                                  http://kursussaham.com

About Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600

Leave a Reply

Your email address will not be published.