Go to...

Saham, Forex Dan Ponzi

Masih ramai dikalangan masyarakat tidak mendapat gambaran sebenar tentang saham. Ini dibayangkan oleh banyak soalan-soalan yang diajukan di page tertentu . Biasanya soalan yang ialah ‘adakah ini forex?’ walaupun di sana sudah tertera jelas perkataan saham.

Saham boleh dijual beli melalui pasaran saham

Bagi mereka yang sudah beberapa kali terjebak dalam beberapa skim piramid atau ponzi pula sering  mengeluarkan komen yang negatif dan menyamakan pelaburan saham dengan skim-skim berkenaan.

Perlu dfahami bahawa saham adalah saham. Forex adalah forex. Saham dan forex adalah berbeza tetapi kedua-duanya adalah alat pelaburan dimana kaedah urusniaga hampir sama.

Saham adalah berkaitan dengan modal syarikat manakala forex adalah berkaitan dengan matawang asing.

Bagi mereka yang menganggap pelaburan ini seolah skim pelaburan piramid atau ponzi perlu difahami bahawa pelaburan di pasaran saham ini tiada kena mengena dengan penajaan ahli.

Saham dalam ertikata sebenar ialah bahagian pemilikan dalam sesuatu syarikat atau perniagaan.

Apabila kita membeli saham bermakna kita adalah pemilik syarikat. Cuma yang menjadi persoalan ialah berapa peratus hak milik kita dalam syarikat berkenaan. Ini bermakna membeli dan menjual saham adalah membeli dan menjual syarikat.

Urusan membeli dan menjual ini boleh dilaksanakan di pasaran saham.

Apabila kita sudah membeli saham dan menjadi pemilik syarikat, kita boleh mendapat keuntungan melalui dua cara iaitu dividen dan untung modal.

Sabri Jalil
http://kursussaham.com

 

About Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600

Leave a Reply

Your email address will not be published.