Ada lebih kurang 200 indikator dipasaran. Perlukah kuasai semua?
Tidak perlu…. melainkan anda ingin menjadi ahli akademik yang mementingkan teori
Cukup dengan menguasai apa yang mudah anda fahami. 
Boleh menumpukan satu indkikator tetapi benar-benar difahami. Jika sudah menguasai boleh menguasai indikator yang lain.
Gabungkan indikator supaya analisis menjadi kukuh tetapi jangan terlalu banyak melainkan jika anda tahu fungsi, kekuatan dan kelemahan indikator masing-masing.
Bagi yang faham fungsi, kekuatan dan kelemahan setiap indikator, panggabungan akan menjadikan ia sebagai satu sistem
Contoh;
- Anda menggunakan RSI kerana ia mencetus signal lebih awal dan menjadikan ia sebagai “standby” untuk membeli. Anda gabungkan dengan SMA sebagai pengesahan dalam membuat keputusan untuk membeli. Keputusan menjual berdasarkan mana satu indikator yang mencetus “sell signal” terlebih dahulu.
2. Anda menggunakan MACD sebagai indikator utama untuk membeli dan menggabungkan konsep “resistance” untuk menjual.
Yang penting anda faham setiap indikator dan pendekatan yang anda gunakan. JIka masih keliru tumpukan kepada satu.
Indikator yang sesuai untuk anda ialah indikator yang anda mudah fahami dan yang kerap membantu anda menjana keuntungan.
Perkara yang sangat penting dalam menggunakan indikator ialah DISIPLIN DENGAN INDIKATOR yang anda gunakan. Maksudnya jika indikator sudah mencetus “signal sell” anda wajib jual samada ia mencetus keuntungan atau kerugian.
Tiada bermakna jika anda menggunkan sesuati indikator tetapi anda degil dengan arahannya.
Anda tidak berdisiplin dengan indikator yang anda gunakan sebaliknya mengambil tindakan yang untuk menyedapkan hati, ia akan menyumbang kepada kegagalan.
– SABRI JALIL