Sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan sahamnya di bursa saham diwajibkan menawar dan menjual sejumlah sahamnya kepada orang awam.
Sejumlah saham yang ditawarkan untuk orang awam terdiri daripada samada saham baru yang diterbitkan atau saham yang sedia ada atau gabungan dari kedua-duanya.
Jumlah saham yang ditawar dan dijual kepada orang awam tersebut dipanggil sebagai Tawaran Awam Permulaan atau Initial Public Offering. Dikalangan pelabur ia lebih popular dengan panggilan IPO.
IPO akan ditawarkan pada harga tertentu untuk dilanggan atau dibeli oleh orang awam dan harga tersebut dipanggil sebagai harga langganan atau harga penyenaraian . Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai subcribtion price, offer price atau listing price.
Apabila jumlah langganan (permohonan) yang melebihi jumlah saham yang ditawarkan ia dipanggil terlebih langganan atau oversubcribe.
Apabila jumlah langganan lebih rendah daripada jumlah saham yang ditawarkan oleh syarikat ia dipanggil sebagai dibawah langganan atau undersubscribe.
Undian akan dibuat apa bila terlebih langganan berlaku dan permohonan pelabur mungkin akan gagal atau berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Contoh, pelabur memohon 50,000 saham tetapi setelah undian dibuat ia hanya berjaya mendapat 30,000 saham.
Jumlah saham yang berjaya dilanggan boleh dijual oleh pelabur bermula pada hari pertama penyenaraian.
IPO sangat digemari oleh kebanyakan pelabur samada individu atau institusi kerana kebiasaannya harga lebih tinggi bila disenarai berbanding dengan harga tawaran.
IPO sesuai untuk pelabur yang terhad ilmu pelaburan dan tidak gemar risiko yang tinggi kerana kebanyakan IPO harga lebih tinggi selepas disenarai tetapi bukan semua.
Ini tidak bermakna IPO tiada risiko. Ada beberapa IPO yang telah disenaraikan mengalami harga rendah daripada harga tawaran. Maka itu melabur dalam IPO harus berpilih-pilih.

IPO hanya terbuka kepada warga tempatan yang berumur 18 tahun keatas. Ia juga terbuka kepada institusi tempatan seperti syarikat, yayasan dan koperasi.
Orang awam yang ingin memohon IPO mesti mempunyai akaun dagangan dan CDS dengan mana-mana bank pelaburan dan syarikat broker saham. Ia mempunyai wakil berlesen yang dipanggil sebagai remisier.
Orang awam yang ingin memohon IPO perlu mempunyai akaun trading dan CDS. Kos membuka akaun CDS hanya RM10.
Anda boleh membuka secara online. KLIK SINI atau klik banner dibawah. Anda juga boleh menghubungi Remisier di 013-7233600 (Sabri Jalil, Kenanga Investment Bank). Beliau akan memberi panduan bagaimana melanggan IPO.