Sebelum melabur dipasaran saham, para pelabur perlu membuka beberapa jenis akaun di mana-mana syarikat broker saham iaitu akaun CDS, akaun urusniaga (trading account), trust account dan eDividend account.

CDS dan akaun urusniaga adalah yang paling mustahak tanpa kedua-dua akaun ini pelaburan tidak akan menjadi kenyataan.

 

a) Akaun CDS (Central Depository System)

Pelabur perlu membuka akaun ini terlebih dahulu sebelum membuka akaun urusniaga. Akaun CDS dikendalikan oleh Bursa Malaysia melalui Bursa Depositary Sdn Bhd. Ia boleh dibuka sendiri oleh pelabur secara terus melalui applikasi Bursa Anywhere atau melalui  mana-mana syarikat broker saham  atau  bank  pelaburan yang  mana  entiti-entiti  tersebut  bertindak  sebagai  agen  kepada  bursa  (authorised depositary agent @ ADA) berkenaan urusan  akaun CDS.

Pelabur boleh membuka atau memiliki lebih dari pada satu akaun tetapi setiap satu mesti dibuka dengan syarikat broker saham atau bank pelaburan yang berlainan.

Akaun CDS berperanan untuk mendeposit serta menyimpan skrip-skrip saham yang dibeli.

Setiap saham yang dibeli akan dikreditkan atau dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CDS. Sementara saham-saham yang dijual pula akan didebitkan atau dikeluarkan secara automatik.

Peringatan : Akaun CDS tidak mendeposit atau mengeluarkan wang tunai.

Kos untuk membuka akaun CDS ialah RM10.00 sahaja.

 

b) Akaun urusniaga (Trading account)

Selain akaun CDS, pelabur dimestikan membuka akaun urusniaga (trading account). Tanpa akaun ini urusniaga jual beli saham tidak dapat dilakukan oleh remisier walaupun sudah mempunyai akaun CDS.

Seperti juga akaun CDS, pelabur dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun urus niaga tetapi setiap satu akaun mesti dibuka dengan syarikat broker saham yang berlainan. Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun ini.

Akaun urusniaga boleh dibuka secara online atau melalui remisier yang menjadi wakil kepada syarikat broker saham atau bank pelaburan. Melalui remisier biasanya anda akan dibantu untuk membuka akaun urusniaga serentak dengan akaun CDS jika belum mempunyainya .

 

c) Akaun amanah (trust account)

Dengan membuka trading account pelabur secara automatik akan mempunyai trust account. Fungsi akaun ini ialah untuk menerima wang tunai atau deposit yang diguna untuk pembayaran keatas saham yang dibeli. Bagi saham yang dijual, pulangan pelaburan yang pastinya dalam bentuk tunai akan dimasukkan ke dalam trust account. Pelabur bila-bila boleh mengeluarkan wang tunai dari akaun CDS ke akaun bank peribadi.

 

d) Akaun eDividen (eDevidend account)

Sesuai dengan pemodenan urusan tunai dalam pelaburan di pasaran saham, akaun eDividen wajib dibuka untuk urusan pembayaran dividen jika pelabur layak menerima dividen syarikat.

Selain dari berjumpa remiser keempat-empat akaun diatas boleh dibuka serentak secara secara online. Kenanga Investment Bank ialah antara broker yang menyediakan pembukaan akaun-kaun tersebut secara online . Anda hanya perlukan telefon bimbit untuk membuka akaun tersebut, Jika ingin membuka sendiri secara ,sila KLIK banner dibawah ;

H/p : 013-7233600 (Sabri Jalil, Remisier anda)

Bagaimana berurusniaga?

Asalkan pelabur sudah mempunyai akaun-akaun tersebut di atas, pelabur boleh mengarahkan remisier atau wakil peniaga saham untuk menjual atau membeli saham-saham syarikat yang ada jangka ada potensi untuk dijadikan pelaburan pada harga dan jumlah yang diingini. Arahan boleh dibuat melalui telefon dan sebagainya. Ketika berurusniaga, pelabur perlu memberi tahu nombor akaun urusniaga.

Selain itu pelabur juga bolen membeli dan menjual melalui online melalui platform oleh broker yang mana pelabur mempunyai “trading account‘ .

Kaedah secara online paling popular kerana kos urusniaga yang lebih rendah. Kenanga Investment Bank menyediakan platform jual-beli kepada pelabur yang dipanggil sebagai KENTRADE  Klik sini

 

Masa urusniaga

Urusniaga dikendalikan oleh Bursa Malaysia lima hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat melainkan hari cuti umum peringkat kebangsaan dan Wilayah Persekutuan. Pada hari cuti umum peringkat negeri, urusniaga tetap dijalankan.

Urusniaga dibahagi kepada dua sessi setiap hari, iaitu;

Sessi pagi : 9.00am hingga 12.30pm
Sessi petang : 2.30pm hingga 5.00pm

 

Anda ingin membuka akaun CDS dan urusniaga (trading)?…hubungi : 013-7233600/010-3726063 atau KLIK SINI

 

  • Sabri Jalil (Remisier, Kenanga Investment Bank)

 

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063