Dari segi definisi dan amalan, dagangan kontra difahami sebagai menjual saham (atau sebarang aset kewangan) sebelum bayaran keatas pembelian dilaksanakan.

Pemahaman secara ringkas ialah, sudah beli, belum bayar selepas itu jual. Untuk fahaman lanjut sila KLIK SINI

Ia satu amalan dagangan yang tiggi risikony dan tidak sesuai jika anda mempunyai elemen-elemen berikut;:

  • Anda tidak faham tentang mekanisme dagangan kontra iaitu bagaimana untung kontra dan rugi kontra boleh tercetus dan akibatnya anda menganggap ia hanyalah satu “game”.
  • Anda bukan penggemar dan tidak bersedia kepada risiko yang terlalu tinggi.
  • Anda masih baru dalam pasaran saham dan belum faham iklim pasaran dan selok-belok dagangan.

 

Jangan melaksana dagangan kontra jika anda pendatang baru dalam pasaran saham
  • Anda tidak tahu kesan buruk kepada anda andaikata anda tidak mampu membayar kerugian kontra.
  • Anda masih lemah dalam memahami carta dan petunjuk teknikal.
  • Anda seorang yang tamak, tiada displin dan tidak patuh kepada “trading plan”.
  • Anda seorang yang patuh kepada agama kerana amalan dagangan kontra tidak patuh syariah melainkan jumlah modal ditangan mencukupi untuk nilai saham yang dibeli.
  • Anda seorang yang gemuruh dan sering suka menyedapkan hati.

Pemahaman lanjut tentang dagangn kontra versi video, KLIK SINI

– SABRI JALIL

Remisier – Kenanga Investment Bank

 

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063