Dividen ialah sejumlah keuntungan syarikat yang diagih kepada pemegang saham. 

Sebagai pemegang saham pelabur berhak keatasnya jika syarikat menjana keuntungan dan mengisytiharkan akan membuat pembayaran dividen.

Kelayakan seseorang pelabur keatas dividen tidak bergantung kepada berapa lama ia memegang saham tetapi sebaliknya bergantung kepada sehingga bila ia memegang saham yang merujuk kepada tarikh akhir yang ditetapkan.

Sesebuah syarikat tersenarai yang ingin membuat pembayaran dividen wajib membuat pengumuman sebelum pembayaran dibuat. Antara kandungan dalam pengumuman tersebut ialah;

1. Jumlah atau nilai dividen sesaham.

2. Tarikh pembayaran dividen 

3. ‘X-date’. 

Mustahak bagi seorang pelabur yang ingin mendapatkan dividen memahami pengertian ‘x-date’ kerana ia menentukan pelabur kelayakan pelabur keatas dividen.

Sebagai contoh, sebuah syarikat telah menetapkan ‘x-date’nya ialah 15 Ogos, maka;

1. Jika seseorang pelabur SEDANG mempunyai sesuatu saham dan berminat dengan dividen untuk mendapatkan dividen, maka ia harus memegang atau jangan menjual sehingga 14 Ogos, iaitu sehari sebelum ‘x-date’ . Pada 15 Ogos dan seterusnya terpulang kepadanya untuk terus memegang, tetapi jika ia mengambil pilihan untuk menjual ia masih layak mendapat dividen.

2. Jika seseorang pelabur BELUM memiliki  saham berkenaan tetapi berminat untuk mendapatkan dividen, maka ia boleh membeli dan memegang sehingga 14 Ogos iaitu tarikh sebelum ‘x-date’. Ia masih layak untuk mendapat dividen jika menjual pada X-date iaitu 15 Ogos.

Bagaimana jika pelabur membeli pada 14 Ogos dan menjual pada 15 Ogos (x-date)? 

Ia masih layak mendapat dividen walaupun tempoh pemegangan hanya semalaman (overnight).

Kesimpulannya, ‘x-date’ membawa pengertian sebagai tarikh hilang kelayakan untuk mendapatkan dividen. Pelabur tidak layak mendapat dividen jika membeli pada dan selepas tarikh tersebut. Ia hanya layak jika membeli sebelum ‘x-date’ dan terus memegangnya sehari sebelum ‘x-date’.

Apakah akan terjadi pada harga saham pada hari X-date?

Perlu diketahui oleh pelabur bahawa apabila sesebuah syarikat mengiystihar dividen ia bukan sahaja akan melibatkan pembayaran dividen tetapi juga melibatkan pengubahsuaian harga saham . Ia dikenali juga sebagai ‘adjustment price’ yang berlaku pada hari ‘x-date’, dimana harga pasaran akan diturunkan secara mekanikal mengikut nilai dividen yang disiytihar.

Dengan kata harga saham pada ‘x-date’ akan ditolak daripada nilai dividen untuk dijadikan sebagai harga rujukan.

Harga rujukan adalah harga yang digunakan untuk menentukan berapa sen kejatuhan atau kenaikan pada hari berkenaan dengan menolak dari harga semasa (last done price) . Dalam kes dimana tiada hari yang melibatkan ‘adjustment price’ harga tutup pada hari dagangan sebelumnya digunakan sebagai harga rujukan.

Contoh,

Syarikat mengisytiharkan dividen sebanyak 4 sen sesaham. Jika ‘x-date’  ialah 15hb dan harga saham pula ditutup pada harga 1.20 sehari pada 14hb iaitu tarikh sebelum ‘x-date’, maka harga pada 15hb. (x-date) akan diturunkan kepada 1.16 (sebagai harga rujukan) dan selepas itu harga akan dibiarkan bergerak mengikut pasaran.

 

Penurunan harga dari 1.20 kepada 1.16 bukan disebabkan oleh pasaran tetapi disebabkan oleh ‘adjustment price’ yang dilaksana oleh bursa. Maka istilah kejatuhan tidak berepa tepat untuk digunakan keatas penurunan harga tersebut. Harga RM1.16 yang telah ubahsuai kerana dividen itu akan menjadi harga rujukan untuk menentukan berapa sen kenaikan harga pada hari tersebut.

Namun , penurunan atau kenaikan harga yang berlaku selepas perlaksanaan ‘adjustment price’ adalah tertakluk kepada pasaran.

Katakan harga kemudian ditutup lebih rendah iaitu 1.14, maka kejatuhannya ialah 2 sen iaitu dengan menolak harga tutup (atau harga semasa) dari harga rujukan 1.16 dan bukan 1.20 iaitu harga tutup sebelumnya.

– Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063