Sejumlah modal anda serahkan kepada individu yang tidak dikenali dan tidak berlesen untuk tujuan pelaburan ekoran dengan iklan pelaburan yang mejamin bahawa ia akan menghasilkan pulangan berlipat ganda hanya dalamasa beberapa jam sepertimana gambar dibawah;

Kemana duit anda dilaburkan? Anda langsung tidak tahu.
Adakah dilaburkan dalam saham dan pasaran saham mana? Saham apakah yang dibeli dan di pasaran saham mana?
Kenapa mereka mengambil modal anda dan mereka yang melaburkan untuk anda? Adalah mereka pengurus dana berlesen?
Segalanya kabur dan anda tidak tahu seberang perkembangan pelaburan. Yang dilabur sebenarnya kabur. Pengakhirannya modal yang makin membesar berakhir dengan lebur walaupun niat asal melabur.
Itulah pelaburan scam yang sangat kabur dan tidak telus.
Dalam pelaburan yang tulen ia adalah TERUS DAN TELUS terutamanya di pasaran saham.
Ia TERUS dalam ertikata bahawa keputusan dan tindakan pelaburan dibuat oleh anda sendiri.
Di pasaran saham mana anda melabur (samada tempatan atau luar negeri) dan saham apa yang dibeli anda akan tahu kerana ia lahir dari pilihan dan keputusan anda. Memang benar pelaburan adalah melalui broker dan remisier tetapi mereka hanya penyedia khidmat dan nasihat tetapi keputusan terletak tangan anda.
Contoh, anda ingin membeli saham YTL di pasaran saham tempatan, maka anda boleh berbuat demikian dengan membelinya sendiri secara online atau mengarahkan remisier.
TELUS merujuk kepada, anda sebagai pelabur boleh melihat secara langsung pergerakan harga saham syarikat yang tersenarai dalam tempoh sessi dagangan melalui platform dagangan dalam telefon bimbit atau laptop. Maka bila membeli anda akan tahu pada harga berapa anda beli .Anda juga akan tahu nilai belian dan nilai semasa saham (nilai saham merujuk kepada jumlah saham didarab dengan harga).
Oleh kerana perubahan harga dapat diikuti setiap masa maka anda akan tahu kedudukan untung rugi saham anda dari masa ke semasa dengan mata anda sendiri.
Bagi memudahkan mengikuti pergerakan harga dan perlaksanaan belian dan jualan saham, maka platform dagangan disediakan oleh syarikat broker saham atau bank perdagangan untuk anda.
Setelah beberapa lama anda melabur dan ingin mengetahui saham apa yang anda sedang miliki dan berapa jumlah dan nilainya sekarang? anda boleh merujuk dengan mudah kepada portfolio anda didalam platform. Kedudukan untung rugi setiap saham ada dicatatkan.
Untuk mengetahu kos-kos yang terlibat, anda akan diberi penyata setiap kali membeli dan menjual saham samada secara email atau pos. Dalam penyata akan dizahirkan dengan jelas nama saham, harga, kuantiti dan kos-kos yang terlibat.
Segalanya telus ….
Untuk pencerahan yang lebih jelas, sila ikuti penerangan bergambar berikut;
GAMBAR 1 : PLATFORM DAN SENARAI SAHAM

Terdapat kira-kira seribu saham disenarai yang boleh dilhat oleh anda atau pelabur setiap melalui platform yang disediakan. Anda sebegai pelabur boleh membeli saham-saham tersebut mengikut kehendak sendiri. Pelabur akan tahu kemana dan dalam saham apa modal anda dilaburkan kerana anda yang membuat keputusan sendiri setelah mengambil kira beberapa faktor.
GAMBAR 2 : SENARAI SAHAM YANG DIMILIKI DAN BUTIRAN URUSNIAGA

Saham-saham yang telah dibeli adalah milik anda dan anda telah menjadi pemegang saham syarikat. Senarai saham yang dimiliki boleh dilihat dalam portfolio termasuk jual butiran jual beli iaitu nama saham (syarikat), tarikh, harga dan kuantiti. Kedudukan untung atau rugi semasa untuk setiap saham juga boleh dirujuk kepada portfolio.
GAMBAR 3 : REKOD JUAL BELI SAHAM DAPAT BOLEH DIDAPATI DAN DILIHAT DALAM PLATFORM

Sejarah urusniaga sesuatu saham oleh pelabur tersimpan dan boleh dirujuk semula melalui platform. Gambar diatas menunjukkan saham yang dibeli dan dijual pada hari yang sama. Rekod-rekod ini memudahkan pelabur merujuk semula membuat kiraan untuk perjalanan pelaburan dalam tempoh tertentu,
GAMBAR 4 : BUTIRAN SAHAM TETAP BOLEH DILIHAT WALAUPUN DIPEGANG BEBERAPA TAHUN

GAMBAR 5 : KOS URUSNIAGA ADALAH JELAS

1) yuran broker (brokerage) kadar yang paling tinggi yang ditetapkan 0.6% oleh Bursa Malaysia,
2) Yuran penjelesan (clearing fee) sebanyak 0.03% d
3) duti stem sebanyak RM1.00 bagi setiap RM1000. Semua kos tersebut dikira dari nilai saham yang dibeli atau dijual.
TIADA KOS LAIN SELAIN DARI TIGA JENIS KOS TERSEBUT. Bila saham sudah dijual, keuntungan dalam bentuK wang tunai boleh dikeluarkan . TIDAK ADA SEBARANG KOS DIKENAKAN UNTUK MENGELUARKAN KEUNTUNGAN ATAU DEPOSIT ANDA
Untuk lebih jelas tentang kos dalam pelaburan di pasaran saham KLIK SINI
Semoga penerangan diatas mencerahkan anda tentang pelaburan sebenar. Hindarkan diri anda dari pelaburan yang tidak jelas dan telus.
Sabri Jalil