Pada tahun 2023 sebanyak 32 saham baru atau IPO telah disenaraikan di pasaran saham tempatan iaitu Bursa Malaysia. Ia meningkat kepada 55 IPO pada tahun lalu iaitu 2024.
Baru-baru ini, Bursa Malaysia menyasarkan bahawa kira-kira 60 IPO akan disenaraikan untuk tahun 2025. Bagi pelabur ia adalah satu peluang yang baik untuk mengembangkan aset tunai yang sedia ada.
Pelaburan IPO terbuka untuk semua. Namun bagi pelabur yang takut kepada risiko yang tinggi ekoran dari kurang pengetahuan dan pengalaman terutamanya pelabur baru IPO adalah pilihan terbaik.
Apapun setiap pelaburan harus bermula dengan perancangan modal. Jika anda mempunyai simpanan RM30 ribu tidak dinasihatkan untuk melaburkan semuanya dalam IPO. Anda boleh memperuntukan sebahagiannya, contoh 30% (bergantung kepada individu) untuk IPO dan selebihnya biarkan ia terletak dalam saluran yang sedia ada.
Bukan bermakna pelaburan dalam IPO tiada risiko tetapi ia lebih rendah berbanding membeli saham di pasaran terbuka, Dari segi pulangan pula ia jauh lebuh baik berbanding menempat wang lebihan dalam simpanan tetap, ASB, Tabung Haji dan lain-lain.
Berikut ialah pengalaman seorang pelabur (hanya seorang suri rumah) yang pertama kali melabur dalam IPO tahun 2024.

Info diatas menunjukkan rekod permohonan IPO oleh seorang pelabur tersebut untuk tahun 2024. Beliau memperuntukkan modal pusingan sebanyak RM10,000 yang merupakan sebahagian wang simpanannya.
Pada tahun tersebut beliau memohon 13 IPO dan hanya 2 IPO sahaja yang berjaya, itupun kedua-dua IPO tersebut tidak berjaya sepenuhnya sebalik hanya mendapat sebahagian daripada jumlah yang dipohon. Rujuk kotak merah dalam Info 1 diatas.
Daripada 2 IPO yang berjaya tidak sepenuhnya itu, berapa peratuskah keuntungan beliau berbanding modalnya?
Ikuti penerangan dibawah berdasarkan Info 2 dan 3.


Info 2 diatas menunjukkan bahawa pelabur suri rumah ini telah menjual 4000 saham Kucingko pada pada 26hb Julai 2024 . Harga jualan ialah 72 sen berbanding harga langganan 30 sen. Untung kasar beliau ialah 42 sen sesaham atau RM1680 untung keseluruhan .
Info 3 menunjukkan beliau telah menjual 10,000 saham 3REN pada 6hb Nov. 2024 Ia di jual pada harga 0.34 berbanding harga langganan 28 sen. Maka untung kasar dari jualan tersebut ialah 6 sen sesaham atau RM600.00 keseluruhan.
Walaupun hanya berjaya melanggan 2 kali daripada 13 kali yang dipohon , bilangan saham yang dilanggan tidak berjaya sepenuhnnya atau bukan 100 peratus tetapi peratus keuntungan beliau secara keseluruhan tahun 2024 ialah RM2,280.00.
Dari segi peratus ialah 22.80 peratus (RM2,280 dibahagi RM30,000. Ia adalah satu pelaburan yang jauh lebih baik dari instrument pelaburan lain yang rendah risiko seperti ASB, Tabung Haji dan simpanan tetap yang hanya mencatatkan keuntungan antara 3 hingga 6 peratus setiap tahun.
Untuk melabur dalam IPO anda perlu mempunyai akaun trading dan CDS. Kos membuka akaun CDS hanya RM10. Anda boleh membuka secara online. KLIK SINI atau klik banner dibawah.
Anda juga boleh menghubungi Remisier di 013-7233600 (Sabri Jalil, Kenanga Investment Bank)
- Sabri Jalil