Apapun jenis perniagaan ia tetap ujud dikeliling faktor-faktor luaran yang tidak boleh diubah sifatnya oleh pihak pengurusan syarikat, namun ia memberi pengaruh dan kesan ke atas prestasi perniagaan syarikat. Faktor luaran tersebut dipanggil sebagai persekitaran perniagaan.

Antara persekitaran adalah seperti berikut;

1. Ekonomi
– dasar cukai, dasar kewangan, pertumbuhan ekonomi (termasuk kemelesetan), inflasi dll.

2. Politik
– dasar dalaman/luaran, perhubungan antarabangsa, kestabilan dll.

3. Teknologi

4. Malapetaka (disaster)
– bencana alam, wabak dll

5. Dan lain-lain

Persekitaran perniagaan boleh mencetus samada risiko (juga peluang) yang tidak dapat dikawal dan sukar untuk diatasi sebaliknya syarikat hanya mampu bertindak balas secara dalaman untuk meminimumkan kesan negatifnya.
.

Analogi;

Ibarat sebuah kapal yang belayar di tengah lautan. Kapal akan terdedah kepada gelora yang mungkin boleh mengancam keselamatan. Jika gelora tidak terlalu kuat sekurang-kurang ia boleh menjejaskan tempoh masa perjalanan dan menganggu hala tuju.

Dalam keadaan gelora, Kapten kapal tiada upaya untuk menahan gelora tetapi hanya mampu melakukan sesuatu untuk bertahan dan meminimumkan risiko. Kapten kapal adalah ibarat CEO dalam sebuah syarikat.

Berikut ialah antara kes-kes ketara yang melibatkan syarikat tersenarai, yang menerima kesan negatif persekitaran perniagaan;

AIRASIA (kini dipanggail CAPITAL A) DAN SEKTOR PENERBANGAN

Ia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang mencapai prestasi memberangsangkan walaupun bermula dengan tanggungan hutang sebanyak RM200 juta ketika diambilalih Selepas disenarai ia pernah menjadi komponen index utama pasaran saham tempatan dan komponen kepada Morgan Stanley Composite Index atau MSCI.

Malapetaka iaitu wabak pernah menjejaskan keuntungan AirAsia iaitu SARS dan H1N1 tetapi keuntungan hanya beberapa bulan.Namun, kemunculan Covid 19 yang diisytihar sebagai pandemik oleh WHO memberi kesan teruk kepada pendapatan AirAsia. Daripada keuntungan billion sebelum pandemik Covid-19 pada tahun 2020, ia berubah kepada kerugian billion ringgit..

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh pengurusan oleh AirAsia ke atas wabak maut ,tetapi hanyamampu melakukan tindakan dalaman untuk bertahan seperti menyusun semula struktur kewangan, mengurangkan pekerja, menceburi perniagaan baru (antaranya penghantaran makanan) dan lain-lain.

Perubahan pandemik kepada endemik pula membuka semula sektor pelancongan dan membuka peluang (peluang sistematik) kepada AirAsia untuk pulih semula.

THE STAR DAN SEKTOR MEDIA PENERBITAN BERCETAK

Ia sebuah syarikat penerbitan akhbar dan model perniagaanya ialah pengiklanan.
Kemajuan teknologi telah mencetus kemunculan media sosial seperti Facebook, Google, Youtube dll.


Pengiklan telah berubah fokus ke media sosial untuk mengiklankan produk mereka kerana jauh lebih murah dan tersasar.

The Star suatu ketika adalah syarikat media yang menguntungkan dan menjadi fokus oleh pelabur institusi seperti KWSP.

Namun keuntungan mula merosot dari tahun ke tahun, Implikasinya harga saham juga makin turun dari tahun ke tahun. Kerugian mula tercatat untuk 2 tahun yang lepas . Sahamnya pula berubah status dari saham berharga mahal kepada penny stock.

Satu lagi syarikat media yang mengalami impak yang sama ialah MEDIA PRIMA (masih untung tetapi merosot), begitu juga dengan harga sahamnya telah bertukar menjadi ‘penny stock’.

UTUSAN pula bukan sahaja menerima kesan dari perubahan teknologi seperti The Star dan Media Prima, tetapi Ia juga kesan dari politik. Perubahan parti politik yang memerentah membawa kepada penutupan operasi syarikat malah dibubarkan

SEKTOR ‘RUBBER GLOVE’

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran sarung tangan getah telah menikmati peluang persekitaran dari pandemik Covid-19. Keuntungan dan harga saham naik secara luar biasa ekoran permintaan sarung tangan yang luar biasa dan tidak dirancang.

Era endemik pula sebaliknya, ia mencetus dimana permintaan sarung tangan getah menurun
mendadak kepada normal. Oleh kerana jangkaan keuntungan akan kembali kepada normal maka pelabur dapat menyaksikan perubahan harga yang menurun.

TOPGLOV yang merupakan pengeluar terbesar dunia, harga sahamnya telah beberapa kali mencecah dibawah RM1.00

Inflasi yang melanda dunia sekarang ini telah menjejaskan pasaran saham diseluruh dunia. Malah instrumen pelaburan lain juga turut terjejas.

Apakah yang boleh dibuat oleh setiap pasaran saham di dunia melainkan mengharapkan kerajaan masing-masing melakukan dasar-dasar yang boleh meredakan inflasi.

Memahami persekitaran perniagaan sesebuah syarikat adalah penting kerana ialah faktor luaran yang tidak boleh ditentu dan dikawal oleh sesebuah entiti (termasuk syarikat). 

Satu kaedah untuk meminimumkan kesan negatif dari persekitaran perniagaan ialah “top-down analysis”

Persekitaran perniagaan juga boleh memberi kesan (risiko) bukan hanya kepada syarikat dan sahamnya tetapi juga kepada, sektor, industri atau pasaran secara keseluruhannya, ia dipanggil sebagai risiko sistematik.

– Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063