Dikalangan pemain lama dalam dagangan saham mungkin sudah terbiasa dengan istilah saham sikat , juga lebih popular dengan panggilan kaunter sikat. Namun dikalangan yang baru berjinak (newbie) mungkin tertanya-tanya tentang maksud istilah ini.

Istilah kaunter sikat  tidak ujud dalam mana-mana buku pelaburan kerana ia bukan satu istilah resmi tetapi hanya sebagai istilah atau bahasa pasar dikalangan pedagang atau pelabur saham. Istilah tersebut juga bukan bermaksud syarikat berkenaan terlibat dalam perniagaan pengeluaran sikat.

Kaunter sikat ialah kaunter atau saham yang pergerakannya  mendatar dalam jajaran yang terhad atau sempit untuk tempoh yang agak lama. Berlakunya sedemikian kerana harga tertinggi dan terendah berada pada tahap yang sama dengan jajaran hanya dalam satu atau dua bida dalam tempoh yang  lama. Hasilnya ia membentuk formasi sikat terutamanya jika dipandang dari sudut carta candlestick atau carta bar.

Pergerakan  terhad  kerana  tiada  pemangkin  menyebabkan carta membentuk seperti sikat. Ia dipanggil sebagai kaunter sikat

Pergerakan mendatar dalam jajaran yang terhad berlaku disebabkan tiada pemangkin positif atau negatif untuk mengerakkan harganya dan membentuk arah aliran keatas (uptrend) atau kebawah (downtrend).

Jika anda seorang pedagang yang lemah dari segi kuasa pegangan, dengan kata lain tiada kesanggupan untuk memegang sesuatu saham dalam tempoh yang lama, elakkan daripada membeli kaunter seperti  ini melainkan aliran positif mula tercetus. Ilmu teknikal amat penting untuk mengesan perubahan dari bentuk sikat kepada aliran (trend) yang baru.

Jika pergerakan bercorak sikat tersebut disebabkan oleh fundamental yang lemah, maka tindakan mengabaikan kaunter ini (dari membeli) adalah lebih baik.

  • Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063