Saham adalah saham, ia bukan forex dan ia bukan komoditi, Ia adalah bahagian pemilikan dalam modal/hakmilik syarikat.

Forex adalah forex, ia bukan saham dan ia bukan komoditi. Forex adalah berkaitan dengan matawang asing.

Komoditi adalah komoditi, ia bukan saham dan ia bukan forex. Komoditi ialah barangan utama yang diproses untuk dijadikan barangan lain.

Contoh komoditi ialah minyak mentah, emas, jagung, minyak sawit mentah (FCPO) dan lain-lain.

Baik saham, forex dan komoditi ia didagangkan di atas platform masing-masing.

 

Platform dagangan saham dipanggil bursa saham atau stock exchange.

Platform dagangan forex dipanggil sebagai foreign exchange (singkatnya forex).

Manakala platform dagangan komoditi ialah commodity exchange.atau derivative exchange. Setengah komoditi mempunyai platform dagangan yang khusus.

Tidak ada platform atau bursa yang mengawal antara satu sama lain.

Tidak ada juga bursa saham di dunia yang mengawal turun naik harga saham apatah lagi instrument yang berbeza seperti komoditi dan lain-lain hatta NYSE sekalipun iaitu bursa saham yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia.

 

VIDEO BERKAITAN ARTIKEL; 

 

Begitu juga dengan bursa komoditi mahupun forex tidak mengawal turun naik komoditi atau forex apatah lagi saham kerana ia beroperasi secara berbeza dan berasingan walaupun diuruskan oleh organisasi yang sama, begitu juga pasaran forex dan komoditi.

Kerana ketiga-tiga instrument pelaburan ini didagangkan atas prinsip permintaan dan penawaran. Apatah lagi kalau dikatakan bursa saham mengawal turun naik komoditi lain termasuk emas kerana pasaran saham tiada kena mengena dengan pasaran emas. Ia adalah pasaran yang berasingan.

Kesimpulanya, harus difahami apa itu saham dan bursa saham (stock exchange), apa itu forex atau foreign excahge dan apa itu komoditi dan commodity exchange. Dan mereka adalah berasingan dan tidak mengawal antara satu sama lain.

– Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063