Tajuk diatas ialah kata-kata seorang trader sambil menunjukkan bukti transaksi yang menunjukkan satu keuntungan nipis.
Apa saja kaunter atau saham boleh dibuat duit asalkan ada pergerakan yang positif. Tetapi perlu diketahui bahawa ada kaunter yang sesuai hanya untuk jangka pendek dan ada kaunter yang sesuai untuk jangka sederhana dan panjang.
Kaunter yang kurang berkualiti hanya untuk sesuai jangka pendek, malah ada yang langsung tidak tidak sesuai dan patut dijauhi.
Apakah kaunter yang kurang berkualiti? Ia kaunter yang lemah dari sudut fundamental seperti rekod keuntungan yang sentiasa negatif, hutang yang tinggi, tunai yang rendah dan lain-lain.
Saham berstatus PN17 ialah saham yang harus diketahui ciri-cirinya sebelum membeli. Ada beberapa sebab sesuatu saham dilabel sebagai kaunter PN17, antarannya ialah nilai bersihnya yang negatif, bermaksud hutang melebihi asset. Ini bermakna saham tersebut kualitinya rendah dan berisiko sangat tinggi (KLIK SINI untuk mengetahui tentang PN17)
Tidak salah anda membeli kaunter PN17 asalkan anda nampak ada pergerakan dari petunjuk teknikal tetapi anda juga perlu sedar bahawa RISIKONYA SANGAT TINGGI . Maka itu anda juga perlu tahu apakah objektif membeli kaunter PN17. Untuk jangka pendek atau panjang?
Apakah tindakan anda jika jangkaan meleset dan harga bergerak tidak mengikut arah yang anda jangkakan?
Adakah anda akan “cut loss” atau peram?
Jika anda memlilih untuk memeram ada kemungkinan ketika sedang memeram kaunter PN17 tiba-tiba ia digantung dari dagangan dan kemudiannya dinyah senarai dari bursa.
Sikap leka atau tidak mengetahui bahawa kaunter PN 17 yang dibeli atau dipegang akan digantung dan dinyah senarai sering berlaku. Di sini bahayanya.
Apakah akibat jika saham berstattus PN17 dinyah senarai?
Dinyah senarai bermakna syarikat tiada lagi ujud dalam papan dagangan dan tidak boleh diurusniaga di pasaran saham.
Jika syarikat dinyah senarai tetapi tidak melibatkan pembubaran syarikat tetap ujud . Anda masih pemegang saham dan jika ada mensyuarat agung anda layak hadir. Namun begitu saham yang masih dipegang tidak boleh dijual beli melalui bursa.
VERSI VIDEO UNTUK ARTIKEL BERKAITAN;
Sebaliknya ,jika syarikat dibubar selepas dinyahsenarai, maka syarikat tidak akan lagi ujud dan asetnya akan dikembali dan agih kepada para pemegang saham jika ada lebihan. Lebihan bermakna aset syarikat melebihi hutangnya.
Namun jika tiada lebihan pemegang saham tidak mendapat pegembalian aset. Utusan, sebuah syarikat media, adalah contoh syarikat yang dibubar selepas sahamnya dinyahsenarai. Para pemegang sahamnya p tidak mendapat sebarang pengembalian aset kerana hutangnya melebihi nilai aset.
Maka itu, anda harus berwaspada jika membeli kaunter PN17. Anda perlu tahu objektif membeli dan perlu tahu risikonya. Namun , sebaik-baiknya ELAKKAN jika anda bukan pengambil risiko yang tinggi dan tidak sanggup modal yang anda laburkan menjadi sifar nilainya.
Banyak lagi saham-saham tersenarai yang anda boleh beli selain PN17 tetapi harus mengkaji.
- Sabri Jalil