Soalan diatas kerap ditanya oleh para pelabur baru.

Dalam pelaburan saham, hasil yang dijana adakala cepat dan adakala memerlukan masa. Bergantung kepada sentimen pasaran dan saham itu sendiri.

Ia juga bergantung kepada tahap ilmu dan kemahiran serta objektif pelaburan. Objektif pelaburan merujuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

Sebagai pelabur baru anda perlu sesuaikan ilmu yang ada dengan objektif dan saiz modal.

Kemahiran membaca carta amat penting jika pelabur lebih gemar kepada objektif jangka pendek. Speaker Sabri Jalil sedang memberi tunjuk ajar kaedah membaca carta dalam kursus saham.

Bagi pelabur baru objektif yang sesuai ialah jangka panjang.

Objektif jangkapendek kurang sesuai untuk pelabur baru yang kurang berpengalaman kerana objektif jangka pendek risikonya lebih tinggi . Lebih pendek objektif lebih tinggi risiko kerana pergerakan harga jangka pendek lebih dipengaruhi oleh sentimen.

Untuk membaca sentimen pasaran dan saham kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal merujuk kemahiran membaca carta dan petunjuk teknikal.

 

Gambar-gambar dibawah memberi penjelasan;

GAMBAR 1

Gambar 1 diatas menunjukkan pelabur membeli dan menjual saham Azamjaya pada hari yang sama. Ia mungkin menjual selepas beberapa minit atau jam selepas membeli, atau sebelum pasaran ditutup. Dengan harga jualan 1.20 berbanding belian 1.14 pada pada kuantiti 5000 saham , beliau mencatat keuntungan kasar (belum ditolak kos transaksi) RM300 untung kasar atau 5.3% pada hari berkenaan iaitu 31hb Disember 2024. Saiz keuntungan dalam pelaburan saham bergantung juga kepada saiz modal.

 

GAMBAR 2

Dalam gambar 2, beliau seorang pelabur kecil dengan pengetahuan dan kemahiran pada tahap rendah. Dengan modal yang kecil dari lebihan wang yang ada, beliau membeli saham YGL dengan nilai pembelian sebanyak RM930.00 pada 1hb Jun 2022.

Beliau tidak menghiraukan pergerakan harga saham dalam jangka pendek kerana membeli untuk jangka panjang walaupun modal sedikit.

Dengan pengetahuan pelaburan saham yang terhad serta tidak suka kepada risiko yang tinggi, maka matlamat jangka panjang adalah lebih sesuai.

Dua tahun kemudian sahamnya dijual pada harga 25 sen atau nilainya RM1500 (6000 saham x RM0.25) pada 25hb Jun 2024. Maka setelah dua tahun beliau mendapat untung kasar sebanyak RM570.00 atau  61.3% dalam tempoh 2 tahun pelaburan.

Ia satu pelaburan yang jauh lebih baik dari simpanan tetap, ASB, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain.

 

  • Sabri Jalil

 

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063