Setiap saham bergerak secara turun naik dalam satu masa. Pergerakan jangka pendek dipengaruhi oleh sentimen dan pergerakan jangka panjang dipengaruhi oleh prestasi dan kedudukan aset, dengan kata lain fundamental.

Pergerakan jangka pendek jika gagal membentuk trend yang menaik dalam jangka panjang, kesannya, saham berkenaan hanya sesuai untuk diniaga jangka pendek namun  tetap berisiko tinggi.

Astro ialah sebuah jenama besar dulu dan kini. Harganya suatu ketika dulu pernah melebihi RM3.00 tetapi kini hanya bernilai dalam matawang sen..

Penyumbang kepada fenomena ini ialah aliran untung tahunan yang makin merosot. Untung bersih lima tahun merosot dari RM770 juta pada tahun 2018 kepada RM460 juta pada tahun 2022. Ini belum melihat aliran 5 tahun sebelum 2018.

Dari segi kekuatan kewangan pula, nisbah tunai hanya 0.75, nisbah hutang 3.63 dan nilai bersih adalah negatif.

Ketiga-tiga metrik kewangan tersebut tidak memenuhi piawaian biasa apatah lagi untuk mencapai piawaian Warren Buffet yang lebih ketat. 

Astro, keuntungan yang makin merosot menyebabkan harga saham makin merosot.

Kebanjiran applikasi yang boleh menyaksikan siaran bolasepak liga-liga Eropah melalui telefon pintar mengancam masa depan Astro. Suatu ketika siaran langsung bolasepak menyumbang kepada langganan Astro. 

Ditambah dengan keujudan TV box yang boleh memuatkan saluran-saluran Astro secara haram. Pemilik TV box boleh menikmati saluran Astro secara percuma termasuk perlawanan bplasepak.

Walaupun dikatakan Astro cuba mengalih kepada bisnes model baru seperti yang diulas oleh penganalisis dalam laporan Berita Harian tetapi tidak jelas apakah bisnes modelnya, maka sukar untuk dinilai masa depannya.

Bila untung tahunan makin merosot dan prospek masih kelabu, ditambah dengan elemen-elemen kewangan yang makin lemah, maka ia adalah kaunter (saham) yang tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan atau pegangan  aset walaupun harga berada tahap diskaun. Namun begitu harga saham Astro setakat 13 Mac 2023 walaupun murah ia bukan pada tahap diskaun memandang aset bersihnya adalah negatif. 

Dalam pelaburan, nilai atau harga masa depan lebih penting daripada harga semasa. Nilai masa depan bergantung kepada keuntungan syarikat pada tahun mendatang. 

Baca juga artikel yang berkaitan . KLIK SINI

Sabri Jalil  

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063