Setakat  21 Julai 2022, harga saham Supermax, Kossan dan Careplus (sekadar mendedahkan beberapa kaunter) kini lebih rendah dari nilai aset bersih.

h/p: 010-3726063 > SABRI JALIL, Remisier Anda

Apakah mesej disebalik lebih rendah dari aset bersih?
 
Apabila harga berada dibawah nilai aset bersih, saham berkenaan dianggap sebagai dibawah nilai atau ‘under value’. Dengan kata lain harga pasaran berada dibawah nilai sebenar atau pada harga diskaun.
 
Bagi pelabur tulen, harga dibawah nilai adalah masa terbaik untuk membeli tetapi dengan syarat bahawa fundamental syarikat mesti masih kukuh dan mempunyai potensi untuk menjana keuntungan pada masa hadapan.
 
Keuntungan masa hadapan adalah aspek palingperlu  diutamakan oleh pelabur kerana ia adalah faktor kepada harga saham pada masa hadapan. Beli saham hari ini adalah kerana untuk harga atau nilai masa hadapan, maka  mengkaji potensi keuntungan masa hadapan amat mustahak..

 
Walaupun harga sesuatu saham telah berada dibawah nilai sebenar tetapi jika potensi keuntungan syarikat masih kabur maka ia tetap tidak sesuai untuk dibeli sebagai pelaburan walaupun kedudukan kewangan masih kukuh atau masih kaya.
 

 

Saham Star sebagai kajian kes;
 
STAR ialah saham dibawah nilai sejak beberapa tahun lalu. Harga semasa kini ialah 29 sen manakala nilai aset bersih sesaham ialah 89 sen, diskaun sebanyak 60 sen atau atau 67 peratus dibawah nilai.

 

The Star Media Group, penerbit akhbar The Star. Suatu ketika adalah saham mewah atau ‘blue chip’ tetapi kini menjadi saham murah walaupun kedudukan aset masih kukuh kerana untung tahunan makin merosot akibat kemunculan dan persaingan media sosial.


 Aset cairnya (wang tunai dan aset yang menyamainya) pula masih 4 kali ganda lebih tinggi dari hutang semasanya. Ia dianggap masih kukuh kewangannya.

Disebalik kekuatan tersebut terdapat perkembangan yang negatif. Rekod keuntungan makin merosot sejak 5 tahun yang lalu . Sejak tahun kewangan 2017 keuntungan merosot dari RM90.2 juta ke RM5.7 juta untuk 3 tahun pertama dan mula bertukar menjadi rugi 2 tahun selepas itu ke tahap RM132.4 juta (tahun kewangan 2021)
 

VERSI VIDEO UNTUK ARTIKEL BERKAITAN;

Harga sahamnya semakin merosot, dari harga setinggi RM2.56 pada tahun 2017 kini hanya RM0.29 sahaja. Kemerosotan harga sahamnya selari dengan prestasi keuntungan dalam tempoh yang sama.

Rekod keuntungan lalu yang buruk, harga sahamnya terus merosot dan keupayaan menjana keuntungan masa depan juga diragui.
STAR adalah syarikat media cetak yang menghadapi persaingan dengan media sosial dari pendapatan iklan sejak sekian lama. Masa depannya masih diragui selagi ia tidak mempunyai sesuatu yang baru (new elements) untuk mengubah potensinya.

Maka saham STAR ia tidak sesuai untuk dibeli untuk pelaburan walaupun kewangan masih kukuh dan harga sahamnya murah dibawah atau pada harga diskaun.

Kesimpulannya, beli saham bukan kerana harga murah semata-mata tetapi potensi masa depan perlu diutamakan.


*rujukan data : Kentrade, Stock Hunter


   – Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 010-3726063