MD SABRI BIN ABDUL  JALIL ialah pemegang ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya (1989), kini adalah Wakil Peniaga Saham Berlesen di  Kenanga Investment Bank Berhad, Muar, Johor.

Memulakan kerjaya di sebuah syarikat antarabangsa, ST Microelectronic Sdn Bhd,  di Muar sebagai Penyelia Pengeluaran pada tahun 1990 sehingga 1992.

Tahun 1993 telah menyertai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai Eksekutif Pemasaran yang bertanggungjawab mengembangkan pemasaran akhbar dan majalah untuk wilayah pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Dijemput sebagai speaker undangan untuk para pelajar Diploma in Investment Anaysis, UiTM Segamat Johor.

Tahun  1995 pula beliau diberi tanggungjawab untuk membangunkan pemasaran untuk wilayah selatan (Johor dan Melaka).

Akhir tahun 1995 beliau menyertai Batek Malaysia Berhad (anak syarikat Mara Holdings) sebagai Pengurus Pemasaran sehingga bulan April pada tahun yang sama.

April 1996 beliau memasuki industri pasaran saham dengan Kenanga Investment Bank Berhad cawangan Johor Bahru (dulu dikenali sebagai Peninsula Securities Sdn Bhd) sebagai Wakil Peniaga Saham Institusi (Institutional Dealer).

Tahun 2008 menyertai OSK Investment Bank Berhad (Johor Bahru) sebagai Assistant Vice President.

Bagaimanapun pada tahun yang sama menyertai semula Kenanga Investment Bank Berhad sehingga kini.

Pada tahun 2010 – 2015 beliau memegang jawatan sebagai Ketua Urusniaga Saham (Head of Dealing) yang bertanggungjawap keatas pembangunan perniagaan  selain menasihati pelabur dalam hal ehwal pelaburan saham untuk Kenanga Investment Bank cawangan Muar/Batu Pahat.

Dengan mengambilkira tahun permulaan penglibatan hingga kini , beliau berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang dalam pasaran saham.

Oleh kerana pengalaman yang luas, beliau dijemput sebagai speaker undangan oleh beberapa institusi pengajian tinggi seperti UiTM (Segamat, Johor), politeknik dan lain-lain.

Bersama pelajar Diploma Perniagaan & Kewangan sebagai pensyarah jemputan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar sambilan pada tahun 2008 di Wawasan Open University  kampus cawangan Johor Bahru dengan pengkhususan dalam bidang ekonomi makro.

Dalam bidang kemasyarakatan,  beliau juga mempunyai pengalaman yang luas (10 tahun) dalam pengurusan organisasi termasuk NGO kerana penglibatannya dalam pertubuhan belia.

Tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tebrau.

Pada tahun 2003 pula dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat beliau telah berjaya membantu Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang antara yang paling disegani di Negeri Johor sehingga mengundur diri pada tahun 2009.

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063