1. KOMPREHENSIF “NEWBIE”
Modul komprehensif ini direka khas untuk anda yang masih ‘zero’ tentang pelaburan saham dan juga untuk anda yang sudah melabur tetapi masih sukar buat untung.  Kandungan kursus ialah merangkumi ilmu-ilmu penting berikut;

 

 1. Asas Dan Pemahaman
Beberapa perkara penting perlu difahami oleh seseorang peserta sebelum menjadi seorang pelabur seperti dagangan kontra, hari penyelesaian, cara pengiraan dividen, cara mendapatkan dividen dan lain-lain.

 

2. Menilai Saham Berpotensi Dengan ANALISA FUNDAMENTAL
Ia merujuk kepada saham apa yang boleh dibeli,  yang ada potensi boleh naik dan rendah risiko. IA MUDAH DAN HANYA PERLU MENCARI MAKLUMAT YANG TERSEDIA DALAM PLATFORM

 

3. Mengesan Isyarat Beli Dan Jual Dengan Membaca Carta Dalam ANALISA TEKNIKAL.
Kaedah dan teknik yang betul akan didedahkan bagaimana mencari isyarat dan masa yang sesuai untuk membeli dan menjual (samada jangka pendek/sederhana/panjang) dengan menggunakan petunjuk teknikal SMA, MACD, RSI, SAR Parabolic, candlestick asas dan lain-lain. PESERTA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN TEKNIK YANG MUDAH DIFAHAMI.

*Menguasai tiga perkara di atas menjadikan teknik pelaburan anda menjadi lebih MUDAH dan EFEKTIF

 

4. Platform Dan Online Trading
Peserta akan ditunjukkan bagaimana membeli dan menjual secara online, mencari maklumat, carta dan sebagainya.

Kebolehan pelabur mengesan isyarat “BELI” akan membuahkan hasil yang positif…satu teknik yang mudah yang perlu diketahui

 

B. KOMPREHENSIF 2 (TAMBAHAN)
Objektif modul ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan pelabur. Ilmu-ilmu penting yang tidak dapat dimuatkan dalam kursus KOMPREHENSIF ‘NEWBIE’ akan dibincangkan dalam kursus ini, antaranyai;

  • Instrumen pelaburan selain saham dalam bursa.
    – waran, call warant, REIT, ETF dan saham pinjaman (loan stocks)
  • Strategi pelaburan yang sesuai dengan pelabur.
    – momentum, growth, contrarian, value dll.
    – mengenalpasti indikator yang sesuai dengan strategi berkenaan.
  • Amalan-amalan korporat dan kesan kepada harga dan nilai saham.
    – right issuebonus issue, pecahan dan penyatuan saham dll.
  • Mengenal kategori saham yang boleh membantu pelabur tentang saham apa yang boleh dibeli dalam kitaran ekonomi yang berbeza.
    – saham blue chips, saham pertumbuhan, saham kitaran, saham bertahan dll.
    – saham yang patut dibeli dan dielakkan dalam tahap ekonomi tertentu.
  • Isu syarikat dan kesan terhadap harga, bagaimana menganalisis?
    – Merge & takeover, private placement, privatisation dll.
  • Analisa trend sebagai tambahan kepada analisa teknikal.
    – bagaimana mengesah isyarat beli & jual dalam teknik trend.
  • Dan lain-lain.

Kursus ini adalah pilihan dan bukan wajib tetapi digalakkan.

 

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063