Jika anda terlibat dalam pelaburan di pasaran saham istilah tersebut pasti melekat dibibir anda. Beliaulah individu yang harus anda hubungi jika anda ingin melabur saham di pasaran saham.

Remisier juga dipanggil sebagai wakil peniaga saham atau dealer’s representative. Apa saja istilah ia adalah individu yang sama dan memainkan peranan yang sama.

Di setengah negara seperti Amerika Syarikat remisier di panggil sebagai stock broker. Di Malaysia stock broker merujuk kepada institusi yang menjalankan perniagaan pembrokeran saham seperti bank pelaburan atau syarikat sekuriti (tetapi bukan syarikat kawalan keselamatan).

Remisier adalah individu yang diberi tauliah atau lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti iaitu badan tertinggi yang mengawal keseluruhan industri pelaburan negara. Untuk melayakkan diri sebagai seorang remisier beliau mesti sekurangnya memiliki ijazah sarjana muda. Selain itu ia juga  mesti lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

 

 

Peranan Remisier Dan Tanggungjawabnya Kepada Pelabur

Ada yang berpendapat Remisier adalah pengambil pesanan (order taker) dari pelabur yang ingin membeli dan menjual saham. Ia adalah benar dan itu adalah peranan asal remesier. Tetapi zaman sudah berubah dan tuntutan sudah berubah mengikut masa.

Sesuai dengan perubahahan zaman dan tuntutan, maka peranan remisier zaman kini bukan hanya sebagai pengambil pesanan (order taker) tetapi mereka juga memainkan peranan sebagai rujukan dan penasihat kepada pelanggannya (pelabur dan pedagang) dalam apa saja perkara yang berkaitan dengan urusniaga. Ia adalah antara sebab mengapa Suruhanjaya Sekuriti telah menaikkan taraf kelayakan minimum kepada ijazah pada awal tahun 1990an berbanding dengan hanya SPM sebelumnya.

Bila seorang pelabur bertanya “Apa saham boleh dibeli. Berapa harga boleh naik?”, maka disitu bermula cabaran seorang remisier masa kini.

Mungkin sebahagian masih tidak mengetahui bahawa khidmat remisier adalah dibayar oleh pelabur dalam setiap urusniaga. Ia dipanggil yuran broker. Oleh kerana pelabur membayar khidmat remisier maka gunakan khidmat dan dapatkan pandangan remisier anda.

  • Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063