Saham CITAGLB berlaku lonjakan harga semalam dari 0.295 (harga tutup pada 1 Mac 2023) dibuka pada harga 1.47 pada hari berikut ( 2 Mac 2023)

Lonjakan RM1.17 atau 398%.

Pelabur seharusnya membuat semakan jika mendapati carta melonjak dengan jurang seperti diatas. Ia bukan disebabkan oleh kenaikan harga tetapi pengubahsuaian harga (price adjusment)

 

Jika anda memiliki saham tersebut pasti teruja dan gembira. Lalu menjual dengan jumlah yang sedia ada tanpa berfikir panjang kerana untung besar.

Namun, yang diharap suka tetapi yang diterima duka.

Katakan asalnya anda mempunyai 10000 unit, setelah menjual, pada hari berikutnya, anda dimaklumkan bahawa saham anda sebenarnya hanya tinggal 2000 unit. Jumlah itu yang sepatutnya dijual pada hari lonjakan berlaku. 

Tentu menjadi tandanya kemana hilangnya 8000 unit. Lebih parah lagi yang 8000 unit perlu dibeli balik untuk mengimbangkan baki yang terlebih jual (over sold)

Asalnya mengharao keuntungan besar tetapi kerugian yang ditanggung kemudian.

Kes ini amat kerap berlaku.

Namun anda tidak akan teruja dan terburu-buru untuk menjual jika anda faham perkara-perkara ini ;

1. Limit up/down

2. Corporate exercise & adjustment price.

Untuk melibatkan diri dalam pasaran saham pengetahuan bukan hanya terhad kepada analisis teknikal dan fundamental sahaja.

Luaskan lagi ilmu anda..

– Sabri Jalil

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600/010-3726063