Membeli saham, jangan hanya merujuk kepada pergerakan harga tetapi kedudukan harga wajib dikaji terlebih dahulu.

Apa beza pergerakan harga dan kedudukan harga?
Pergerakan harga merujuk harga semasa bergerak semasa pasaran sedang berjalan. Ia boleh dilihat melalui carta semasa dalam plaform anda.
Kedudukan harga merujuk kepada dimana kedudukan harga sekarang? Adalah masih diawal trend atau penghujung trend. Maka untuk mengetahui kedudukan harga melihat carta sangat mustahak.
Ia juga merujuk kepada samada ia masih hampir pada support atau resistance.
Dalam perkara ini untuk mencari support ia merujuk kepada harga terendah masa lalu yang paling hampir dan resistance merujuk kepada harga tertinggi masa lalu yang paling hampir dengan harga semasa.
Anda juga boleh menggunakan moving avarage, Bolinger Band, Fibo dan lain-lain jika tahu menggunakannya.
Atau gabungan dari mana-mana teknik yang anda ketahui.
Tidak merujuk kepada pergerakan bermakna menghadirkan diri dalam perangkap kerana tidak menyedari harga sedang berada dipuncak yang sedang menunggu perubahan trend.

By Sabri Jalil

SABRI JALIL ialah Remisier di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600