“Mana boleh beli saham tengah jatuh” Sering didengar ayat itu bila pasaran saham sedang jatuh tanpa menilai kenapa ia jatuh.
Namun dalam keadaan Perang Iran – Amerika/Israel sedang berlaku yang membimbangkan dunia ke atas ancaman ekonomi dan gangguan pasaran saham, Berita Harian bertarikh 13 April 2023 bahawa pelabur asing membawa masuk modal ke beberapa pasaran saham termasuk Bursa Malaysia.
Di Bursa Malaysia antara yang menjadi tumpuan pembelian oleh pelabur portfolio asing ialah sektor perbankan yang sebahagiannya mengalami kejatuhan.
Bukankah apa bila pasaran saham jatuh bukan masa terbaik untuk membeli?
Bagi pelabur institusi dan pelabur tulen yang mementing nilai strategi mereka adalah berbeza. Mindset dan strategi mereka melawan arus.
Pelabur nilai dan pelabur kontrarian memandang “crisis is opportunity’.
Dengan menumpukan kepada saham-saham yang jatuh harga kerana sentimen kebimbangan dan sedangkan fundamental syarikat tidaj tergugat, maka semasa krisis yang memberi impak minimum ke atas sesuatu sektor dan saham adalah peluang untuk membeli pada harga yang lebih rendah.
Pelabur dan nilai dan kontrarian sentiasa percaya bahawa sesuatu krisis akan berakhir.
Kemenangan dan pengakuan kalah di salah satu pihak atau perundingan diantara kedua pihak tanda berakhir peperangan akan mengubah sentimen pasaran dan melonjak semula harga saham-saham yang jatuh kerana sentimen kebimbangan.
Lonjakan dan putaran harga ke atas adalah masa untuk memungut hasil.
Begitulah mindset pelabur nilai dan kontrarian (berbeza dari pelabur momentum), dimana mereka menumpu kepada saham yang kukuh fundamental ketika berlaku krisis yang menjatuhkan harga saham.
– Sabri Jalil