Dikalangan pemain lama dalam dagangan saham mungkin sudah terbiasa dengan istilah kaunter sikat. Namun dikalangan yang baru berjinak (newbie) mungkin tertanya-tanya tentang maksud istilah ini. Istilah ini tidak ujud dalam mana-mana buku pelaburan kerana ia bukan satu istilah resmi tetapi hanya sebagai istilah bahasa pasar dalam dagangan saham. Ia juga bukan bermaksud syarikat berkenaan adalah pengeluarRead More…
Anda boleh berenang? Jika boleh ia adalah satu pengalaman yang baik. Pernahkah anda berenang dalam sungai yang pastinya mempunyai arus. Anda akan merasai pengalaman berbeza bila berenang dalam arah arus yang berbeza. Anda mungkin boleh berenang dalam keadaan apa jenis arus jika ada kemahiran berenang tetapi kekuatan dan kelajuan renangan anda mungkin berbeza. Jika berenangRead More…
Dalam dunia pelaburan mungkin anda pernah mendengar istilah wang panas atau “hot money”. Dikalangan pelabur mungkin ada yang menanggap wang panas ialah wang atau hasil yang datang dari kegiatan diluar batasan undang-undang seperti rasuah, perniagaan haram dan sebagainya. Anggapan itu tidak tepat atau mungkin hanya benar diluar kontek dunia pelaburan. Dalam kegiatan pelaburan atau kewanganRead More…
Bolehkah saya menjual saham yang telah saya beli sedangkan saya belum membuat bayaran kerana tempoh bayaran belum tiba? Soalan di atas telah diajukan oleh seorang pelabur kepada saya. Apabila anda membeli saham, tempoh bayaran ialah 2 hari selepas tarikh pembelian. Tarikh tersebut dipanggil sebagai T+2. Sebagai contoh apabila anda membeli saham pada hari Isnin hariRead More…
Ramai dikalangan para sahabat menunjukkkan minat dan keinginan untuk melabur di pasaran saham. Soalan yang selalu dikemukakan ialah berapakah modal minimum untuk membolehkan mereka melabur di pasaran saham? Mereka terkejut bila saya mengatakan tiada modal minimum ditetapkan. Selama ini mereka menyangkakan untuk melabur di pasaran saham mesti mempunyai jumlah wang yang besar, tetapi pada hakikatnyaRead More…
“Saya fobia tengok kawan-kawan saya rugi melabur dalam pasaran saham”. Itulah ungkapan yang diberikan kepada saya. Anehnya ungkapan itu keluar dari seseorang yang bergelar ahli akademik dalam bidang yang berkaitan perniagaan. Hati saya bertanya kenapa tidak dibuat kajian mengapa kawan-kawan itu rugi? Dalam apa jua perniagaan ada yang gagal, ada yang berjaya. Begitu juga dalamRead More…
Ada yang kata beli saham bila harga tengah naik, ada yang kata beli bila harga turun. Mana satu yang betul ni?” Itulah pertanyaan dari salah seorang yang baru kenal dalam satu majlis. Beliau memang berhajat mahu melabur dalam pasaran saham tetapi soalan yang bermain dikepalanya selama ini membuatkan beliau menagguhkan niatnya. Soalan beliau itu amatRead More…
Masih terdapat golongan kita tidak dapat membezakan diantara amanah saham dan saham. Agak mengejutkan ia termasuk dikalangan mereka dari golongan profesional dan yang berpendidikan tinggi. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita masih asing dengan ilmu kewangan yang seharusnya mereka kuasai sebagaimana masyarakat lain dimana penguasaan ilmu kewangan mereka amat baik sekali. Bagi setengah masyarakat kita, amanahRead More…
Ramai diantara para pelabur, walaupun sudah lama berkecimpung dalam pelaburan saham masih tidak dapat memberi takrifan yang tepat berkenaan saham. Malah ada juga yang menyalahgunakan perkataan saham dengan mengujudkan program-program tertentu untuk menjana keuntungan. Perkataan saham pernah digunakan oleh satu skim cepat kaya untuk memancing orang-ramai menyertainya. Ini antara punca orang keliru tentang saham. TidakRead More…
Satu perkara merbahaya yang perlu dijauhi oleh pelabur/pedagang ialah sikap “suka menyedapkan hati”. Maksud ungkapan ini ialah anda sering memberitahu diri sendiri bahawa saham yang dipegang sekarang akan meningkat semula walaupun sudah ada tanda-tanda akan jatuh berterusan. Anda terus memegangnya kerana saham tersebut masih dalam kedudukan rugi dan kerana takutkan rugi maka anda enggan melepaskannya.Read More…