* Wang Panas Dan Kesannya Keatas Pasaran Saham

Dalam dunia pelaburan mungkin anda pernah mendengar istilah wang panas atau “hot money”.

Dikalangan pelabur mungkin ada yang menanggap wang panas ialah  wang atau hasil yang datang dari kegiatan diluar batasan undang-undang seperti rasuah, perniagaan haram dan sebagainya. Anggapan itu tidak tepat atau mungkin hanya benar diluar kontek dunia pelaburan.

Dalam kegiatan pelaburan atau kewangan , wang panas didefinisikan sebagai wang atau dana yang dipindahkan oleh pelabur atau pengurus dana dari satu negara/wilayah ke negara/wilayah yang lain dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek hasil daripada kenaikan kadar faedah di sesuatu negara.

Pergerakan wang panas yang merentas sempadan akan berlaku apabila sesuatu kerajaan menaikkan kadar faedahnya. Sebagai contoh, Amerika Syarikat melalui bank pusatnya, Federal Reserve, pernah beberapa kali menaikkan kadar faedahnya dan telah menyebabkan pengaliran keluar dana dari negara-negara tertentu ke Amerika Syarikat

Memandangkan bahawa dana yang dialirkan keluar juga melibatkan dana dalam pasaran saham di sesebuah negara maka pasaran saham di negara berkenaan akan mengalami kejatuhan . Namun kejatuhan berlaku kebiasaan hanya dalam tempoh jangka pendek kerana pengurus dana akan kembali semula ke pasaran saham selepas tempoh pelaburan berpendapatan tetap berakhir.

Maka itu apabila sesebuah negara berura-ura untuk menaikkan kadar faedah terutama negara ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain ia seharusnya diberi perhatian oleh pelabur atau pedagang pasaran saham.

 

Sabri Jalil

http://kursussaham.com

 

Scroll to Top