Malam tadi sebelum tidur ternampak satu mesej whatsapp masuk. Dari seorang insan yang tidak kenal. Beliau bertanya tentang kesahihan suatu pelaburan ..
Dari soal jawap ia sahih scam . RM20k sudah hangus.
Sebenarnya sudah berpuluh orang bertanya kepada saya tentang perkara ini.
Seperti biasa scammer akan menggunakan istilah akaun CDS. Kenapa perlu akaun CDS? Supaya hasil pelaburan nanti boleh dipindahkan ke akaun CDS, kononnya
Dalam pelaburan saham, akaun CDS memang sinonim dan wajib.
Tetapi ramai yang tidak faham apa sebenarnya fungsi akaun CDS.
Jangankan orang awam, SETENGAH remisier dan guru saham pun masih tidak faham apa sebenarnya akaun CDS.
Ini boleh dilihat dalam video-video di media sosial spt Youtube dan TikTok. Bila mereka tidak faham maka audien pun akan salah faham.
Antaranya terdapat satu video dimana seorang remisier memberi panduan bagaimana memindahkan wang tunai dari akan bank peribadi ke akaun CDS.
Memang benar akan nampak wang yang dipindahkan melalui perubahan jumlah deposit dalam platform tetapi jumlah yang dilihat itu sebenarnya bukan dari akaun CDS sebab akaun CDS tiada kena mengena dengan urusan tunai.
Dengan kata lain ia tidak boleh menerima dan mengeluarkan tunai.
Maka, untuk makluman anda , jika anda terlibat dalam satu pelaburan dan diminta untuk membuka akaun CDS dengan makluman bahawa tujuan akaun CDS ialah supaya hasil pelaburan (pasti dalam bentuk tunai) boleh dipindahkan kepada pelabur, maka itu adalah scam.
Sebagai makluman tambahan, membuka akaun CDS bukan hanya dengan membeli maklumat peribadi melalui whatsapp tanpa perlu tandatangan borang samada fizikal atau manual. Tidak semudah itu.
Membuka akaun CDS juga perlu dibuat sebelum melabur dan bukan selepas pelaburan dibuat.
Kos membuka akaun CDS hanya RM10.80, tidak lebih dari itu, apalagi beribu.
Bila fungsi akaun CDS difahami, anda akan tahu mana satu intan atau kaca dalam pelaburan.
- Sabri Jalil
