admin

SABRI JALIL ialah Wakil Peniaga Saham Berlesen (Remisier) di Kenanga Investment Bank sejak 1996. Beliau juga adalah penganjur dan Speaker seminar pelaburan saham. Beliau boleh dihubungi melalui 013-7233600

Apa Kata Para Peserta?

Syakila Syamsuddin, “yuran tak perlu ribuan ringgit, hanya tiga angka tetapi berbaloi-baloi”

Raja Azlan, “kelas yang bagus, sesuai untuk pelabur baru, yuran berpatutan”

Mohd Rafizal. “harga berpatutan ilmu mantap”

Nur Saidah Nabila, “sangat mudah untuk faham dengan kelas tuan

Azhar Ahmad, “newbie patut hadir, sangat membantu dan sangat murah”

Roslina A Bakar, “untung 13.8% dalam dua hari. Tak sabar nak hadir lagi”

Malim Fairrul, “You have made it look very simple”

INGIN INFO LANJUT TENTANG KELAS SAHAM? KLIK SINI

Kursus Saham – 2023

Modul yang direka khas untuk anda yang NEWBIE

Kelas saham dengan yuran yang berpatutan dan ilmu menyeluruh sejak 2011.

 

Ikuti komen para peserta sebelum anda ke butiran kursus.

 

1. Yuran Berpatutan, Ilmu Terperinci Dan Menyeluruh

 

 

 

 

 

2. Mudah Untuk Difahami

 

 

 

 

3. Berkesan menjana keuntungan

 

 

 

 

 

 

BUTIRAN KURSUS

 

KUALA LUMPUR


Komprehensif Newbie > 28 Jan 2023 (Sabtu)

Komprehensif Newbie Xtra > 29 Jan Okt 2023 (Ahad)

Lokasi : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras

*Waktu : 9.00pg – 5.30ptg

 

YURAN

 

KOMPREHENSIF “NEWBIE” – Hari 1 >>  RM440   >>  Diskaun RM30 untuk 10 pendaftaran pertama.

KOMPREHENSIF 2 (TAMBAHAN)Hari 2 >> RM440  >>  Diskaun >> RM50 jika anda adalah alumni.       

                                     

………..Mahu DISKAUN lebih lagi?…..             
                              

Daftar  2 kursus (pakej) untuk layak diskaun berikut;

 

RM780  >>  JIMAT RM100…. untuk 10 daftar pertama. 

RM810  >>  JIMAT RM70 ….. untuk selepas 10 daftar pertama.   
*makan dan minum disediakan
*pembukaan akaun CDS percuma (jika belum ada atau jika ingin membuka lagi)
*keahlian percuma support grup
*bimbingan berterusan selepas kursus

Cara daftar dan tempah

Bank in ‘booking fee’ RM100 untuk satu kursus atau RM200 jika anda mengambil kursus pakej. ‘Booking fee’ adalah sebahagian daripada yuran dan baki boleh dibayar semasa kursus.

 

RHB 25127200006715 (SJ Consult & Management).

 

Sila whatsapp nama penuh, alamat email dan no. telefon bimbit selepas bank in.

 

Tempah awal untuk  diskaun hebat… Tempat terhad…                     

Pertanyaan : 013-7233600 (call/whatsapp)

 

 

KELEBIHAN KURSUS KAMI

 

  • Kursus yang lebih fokus kepada teknik dan strategi bukan motivasi dan juga bukan intro…..ia lebih terperinci dan mudah difahami…

 

  • Menggabungkan tiga kategori ilmu saham yang penting untuk membolehkan anda menjadi pelabur dengan teknik yang betul selepas kursus.

 

  • Yuran yang termurah tetapi tinggi nilainya dari segi pengisian dan memenuhi keperluan.

 

  • Yang penting bimbingan selepas kursus oleh sifu anda…percuma..

 

Kursus Dunia Saham ialah satu kursus yang melengkapkan peserta dengan ilmu-ilmu penting yang perlu dimiliki oleh seorang pelabur, samada pelabur baru atau pelabur sedia ada.

 

 

A. KOMPREHENSIF “NEWBIE”
Modul komprehensif ini direka khas untuk anda yang masih ‘zero’ tentang pelaburan saham dan juga untuk anda yang sudah melabur tetapi masih sukar buat untung.  Kandungan kursus ialah merangkumi ilmu-ilmu penting berikut;

 

 1. Asas Dan Pemahaman
Beberapa perkara penting perlu difahami oleh seseorang peserta sebelum menjadi seorang pelabur seperti dagangan kontra, hari penyelesaian, cara pengiraan dividen, cara mendapatkan dividen dan lain-lain.

 

2. Menilai Saham Berpotensi Dengan ANALISA FUNDAMENTAL
Ia merujuk kepada saham apa yang boleh dibeli,  yang ada potensi boleh naik dan rendah risiko. IA MUDAH DAN HANYA PERLU MENCARI MAKLUMAT YANG TERSEDIA DALAM PLATFORM

 

3. Mengesan Isyarat Beli Dan Jual Dengan Membaca Carta Dalam ANALISA TEKNIKAL.
Kaedah dan teknik yang betul akan didedahkan bagaimana mencari isyarat dan masa yang sesuai untuk membeli dan menjual (samada jangka pendek/sederhana/panjang) dengan menggunakan petunjuk teknikal SMA, MACD, RSI, SAR Parabolic, candlestick asas dan lain-lain. PESERTA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN TEKNIK YANG MUDAH DIFAHAMI.

*Menguasai tiga perkara di atas menjadikan teknik pelaburan anda menjadi lebih MUDAH dan EFEKTIF

 

4. Platform Dan Online Trading
Peserta akan ditunjukkan bagaimana membeli dan menjual secara online, mencari maklumat, carta dan sebagainya.

Kebolehan pelabur mengesan isyarat “BELI” akan membuahkan hasil yang positif…satu teknik yang mudah yang perlu diketahui

 

B. KOMPREHENSIF 2 (TAMBAHAN)
Objektif modul ini  ialah untuk mendedahkan topik-topik yang penting tetapi tidak dapat dimuatkan dalam Komprehensif “Newbie” termasuk ANALISA TEKNIKAL LANJUTAN. Ia adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan, teknik dan skill peserta. Modul ini adalah pilihan, bukan wajib.

 

KLIK SINI untuk mengetahui tentang isi kandungan kursus Komprehensif 2

 

 

APA KATA PARA PESERTA SELEPAS KURSUS?

 

 

Mudah difahami…nota lengkap…sokongan selepas kursus…

 

Yuran murah tetapi silibus bertaraf 5 bintang....

 

Untung meningkat selepas hadir kursus….   

 

Berbaloi…sangat bagus untuk newbie yang zero pasal saham..dapat gambaran jelas selepas kursus…  

 

 

 

Tidak perlu bayar ribuan ringgit dengan tahap ini…kursus yang lengkap …

Profile Speaker

SABRI JALIL, pemegang ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya (1989), kini adalah Ketua Urusniaga Saham (Head of Dealing) dan juga  Wakil Peniaga Saham Berlesen di  Kenanga Investment Bank Berhad, Muar, Johor. Dengan jawatan kini, selain pembangunan perniagaan  beliau bertanggungjawab menasihati pelabur dalam hal ehwal pelaburan saham.

Memulakan kerjaya di sebuah syarikat antarabangsa, ST Microelectronic Sdn Bhd,  di Muar sebagai Penyelia Pengeluaran pada tahun 1990 sehingga 1992.

Tahun 1993 telah menyertai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai Eksekutif Pemasaran yang bertanggungjawab mengembangkan pemasaran akhbar dan majalah untuk wilayah pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Dijemput sebagai speaker undangan untuk para pelajar Diploma in Investment Anaysis, UiTM Segamat Johor.

Tahun  1995 pula beliau diberi tanggungjawab untuk membangunkan pemasaran untuk wilayah selatan (Johor dan Melaka).

Akhir tahun 1995 beliau menyertai Batek Malaysia Berhad (anak syarikat Mara Holdings) sebagai Pengurus Pemasaran sehingga bulan April pada tahun yang sama.

April 1996 beliau memasuki industri pasaran saham dengan Kenanga Investment Bank Berhad cawangan Johor Bahru (dulu dikenali sebagai Peninsula Securities Sdn Bhd) sebagai Wakil Peniaga Saham Berlesen.

Tahun 2008 menyertai OSK Investment Bank Berhad (Johor Bahru) sebagai Assistant Vice President.

Bagaimanapun pada tahun yang sama menyertai semula Kenanga Investment Bank Berhad sehingga kini.

Dengan mengambilkira tahun permulaan penglibatan hingga kini , beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang dalam pasaran saham.

Oleh kerana pengalaman yang luas, beliau dijemput sebagai speaker undangan oleh beberapa institusi pengajian tinggi seperti UiTM (Segamat, Johor), politeknik dan lain-lain.

Bersama pelajar Diploma Perniagaan & Kewangan sebagai pensyarah jemputan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar sambilan pada tahun 2008 di Wawasan Open University  kampus cawangan Johor Bahru dengan pengkhususan dalam bidang ekonomi makro.

Dalam bidang kemasyarakatan,  beliau juga mempunyai pengalaman yang luas (10 tahun) dalam pengurusan organisasi termasuk NGO kerana penglibatannya dalam pertubuhan belia.

Tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tebrau.

Pada tahun 2003 pula dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat beliau telah berjaya membantu Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang antara yang paling disegani di Negeri Johor sehingga mengundur diri pada tahun 2009.

https://www.facebook.com/groups/duniasaham/

Info & Tips Saham, Join Grup DUNIA SAHAM

Dunia Saham di Facebook adalah satu grup yang dikendalikan oleh Sabri Jalil, Remisier Anda.

Beliau memuatkan saham-saham yang berpotensi hasil dari kajian beliau sendiri. Selain itu anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang kursus-kursus saham anjuran beliau.

Anda boleh KLIK banner di bawah;

https://www.facebook.com/groups/duniasaham/

Tentang Kursus

Ada beberapa kursus berkaitan saham yang kami anjurkan;

1)  KOMPREHENSIF ‘NEWBIE’

Kursus ini khas direka dan disasarkan untuk anda yang tiada asas tentang pelaburan saham. Ilmu saham amat luas termasuk tentang perkara asas. Anda mungkin sukar untuk mengenalpasti ilmu asas apakah yang perlu dikuasai terlebih dahulu untuk membolehkan anda bermula sebagai pelabur tanpa perlu menunggu lama.

Maka kursus ini menyelesaikan masalah anda dengan menekankan kepada 3 perkara asas penting supaya anda menjadi seorang pelabur dengan teknik yang betul, iaitu;

1)   Konsep & istilah yang yang perlu difahami oleh pelabur.

2)  Bagaimana menilai saham agar pelabur dapat mengenal pasti
saham  yang berpotensi untuk meningkat. Kaedah ini dipanggil
sebagai ANALISA FUNDAMENTAL.

3)  Bagaimana mengetahui masa sesuai untuk membeli dan menjual
melalui ISYARAT beli dan jual dengan hanya membaca carta dan beberapa petunjuk teknikal yang mudah difahami.  Kaedah ini dipanggil sebagai ANALISA TEKNIKAL.

4) Peserta akan ditunjukkan bagaimana menggunakan PLATFORM & ONLINE TRADING  selain mencari maklumat untuk fundamental , carta untuk teknikal dan sebagainya.


Dalam  ilmu teknikal yang akan ditekankan ialah konsep support & resistance, technical correction & technical rebounce iaitu ilmu asas yang wajib diketahui oleh semua pelabur terutamanya newbie.

Selain itu akan didedahkan juga penggunaan pentujuk teknikal yang regular seperti SMA,MACD, RSI dan SAR parabolic selain asas candlestick yang menarik amat berguna.

Sebagai pelabur baru adalah amat penting bermula dengan memahami 3 kategori ilmu diatas supaya keputusan pelaburan dapat dibuat dengan betul. Ia adalah langkah pertama untuk anda menjadi pelabur profesional dan berstrategi.

 

2)  KOMPREHENSIF 2 (EXTRA)
Kursus ini adalah sebagai tambahan kepada KOMPEHENSIF ‘NEWBIE’ (sebelumnya dikenali sebagai Asas, Fundamental, Teknikal).

Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan pelabur. Ilmu-ilmu penting yang tidak dapat dimuatkan dalam kursus KOMPREHENSIF ‘NEWBIE’ akan dibincangkan dalam kursus ini, antaranyai;

  • Instrumen pelaburan selain saham dalam bursa.
    – waran, call warant, REIT, ETF dan saham pinjaman (loan stocks)
  • Strategi pelaburan yang sesuai dengan pelabur.
    momentum, growth, contrarian, value dll.
    – mengenalpasti indikator yang sesuai dengan strategi berkenaan.
  • Amalan-amalan korporat dan kesan kepada harga dan nilai saham.
    – right issue, bonus issue, pecahan dan penyatuan saham dll.
  • Mengenal kategori saham yang boleh membantu pelabur tentang saham apa yang boleh dibeli dalam kitaran ekonomi yang berbeza.
    – saham blue chips, saham pertumbuhan, saham kitaran, saham bertahan dll.
    – saham yang patut dibeli dan dielakkan dalam tahap ekonomi tertentu.
  • Isu syarikat dan kesan terhadap harga, bagaimana menganalisis?
    Merge & takeover, private placement, privatisation dll.
  • Analisa trend sebagai tambahan kepada analisa teknikal.
    – bagaimana mengesah isyarat beli & jual dalam teknik trend.
  • Dan lain-lain.

Kursus ini adalah pilihan dan bukan wajib tetapi digalakkan.

 

3)  KURSUS ANALISA TEKNIKAL – TEKNIK CHAR PATTERN
Mungkin setengah pelabur atau trader tidak sedar bahawa pergerakan harga saham kadangkala membentuk corak-corak tertentu. Corak tersebut sebenarnya berfungsi sebagai isyarat ke mana arah tuju harga dan akan memberi panduan masa yang sesuai untuk membeli.

Adalah satu kelebihan bagi pelabur yang menguasai ilmu teknikal jenis ini kerana pelabur akan dapat membaca kemana hala tuju harga malah dapat juga mengukur sejauhmana harga itu akan bergerak (harga potensi).

Chart Pattern adalah salah satu cabang analisa teknikal yang popular dan ia bersifat lanjutan.

4)  KURSUS ANALISA TEKNIKAL – CANDLESTICKS
Cara pelabur atau trader membuat analisa saham akan lebih power dan profesional jika menguasai ilmu candlesticks. Kelebihan candlesticks ialah ia lebih informatif dan memberi isyarat BELI dan JUAL lebih awal dari petunjuk teknikal yang lain.

Anda akan diajar secara berperingkat iaitu dari asas atau single pattern hingga ke multiple pattern.

Kelebihan candlestick ialah mencetus isyarat lebih awal dari kaedah teknikal yang lain. Ia adalah kelebihan yang bernilai bagi seorang pelabur yang mengetahui rahsia candlesticks ini kerana dapat memaksimumkan keuntungan.