Profile Speaker

SABRI JALIL, pemegang ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya (1989), kini adalah Ketua Urusniaga Saham (Head of Dealing) dan juga  Wakil Peniaga Saham Berlesen di  Kenanga Investment Bank Berhad, Muar, Johor. Dengan jawatan kini, selain pembangunan perniagaan  beliau bertanggungjawab menasihati pelabur dalam hal ehwal pelaburan saham.

Memulakan kerjaya di sebuah syarikat antarabangsa, ST Microelectronic Sdn Bhd,  di Muar sebagai Penyelia Pengeluaran pada tahun 1990 sehingga 1992.

Tahun 1993 telah menyertai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai Eksekutif Pemasaran yang bertanggungjawab mengembangkan pemasaran akhbar dan majalah untuk wilayah pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Dijemput sebagai speaker undangan untuk para pelajar Diploma in Investment Anaysis, UiTM Segamat Johor.

Tahun  1995 pula beliau diberi tanggungjawab untuk membangunkan pemasaran untuk wilayah selatan (Johor dan Melaka).

Akhir tahun 1995 beliau menyertai Batek Malaysia Berhad (anak syarikat Mara Holdings) sebagai Pengurus Pemasaran sehingga bulan April pada tahun yang sama.

April 1996 beliau memasuki industri pasaran saham dengan Kenanga Investment Bank Berhad cawangan Johor Bahru (dulu dikenali sebagai Peninsula Securities Sdn Bhd) sebagai Wakil Peniaga Saham Berlesen.

Tahun 2008 menyertai OSK Investment Bank Berhad (Johor Bahru) sebagai Assistant Vice President.

Bagaimanapun pada tahun yang sama menyertai semula Kenanga Investment Bank Berhad sehingga kini.

Dengan mengambilkira tahun permulaan penglibatan hingga kini , beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang dalam pasaran saham.

Oleh kerana pengalaman yang luas, beliau dijemput sebagai speaker undangan oleh beberapa institusi pengajian tinggi seperti UiTM (Segamat, Johor), politeknik dan lain-lain.

Bersama pelajar Diploma Perniagaan & Kewangan sebagai pensyarah jemputan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar sambilan pada tahun 2008 di Wawasan Open University  kampus cawangan Johor Bahru dengan pengkhususan dalam bidang ekonomi makro.

Dalam bidang kemasyarakatan,  beliau juga mempunyai pengalaman yang luas (10 tahun) dalam pengurusan organisasi termasuk NGO kerana penglibatannya dalam pertubuhan belia.

Tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Tebrau.

Pada tahun 2003 pula dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat beliau telah berjaya membantu Gerakan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang antara yang paling disegani di Negeri Johor sehingga mengundur diri pada tahun 2009.