Tentang Kursus

Ada beberapa kursus berkaitan saham yang kami anjurkan;

1)  KOMPREHENSIF ‘NEWBIE’

Kursus ini khas direka dan disasarkan untuk anda yang tiada asas tentang pelaburan saham. Ilmu saham amat luas termasuk tentang perkara asas. Anda mungkin sukar untuk mengenalpasti ilmu asas apakah yang perlu dikuasai terlebih dahulu untuk membolehkan anda bermula sebagai pelabur tanpa perlu menunggu lama.

Maka kursus ini menyelesaikan masalah anda dengan menekankan kepada 3 perkara asas penting supaya anda menjadi seorang pelabur dengan teknik yang betul, iaitu;

1)   Konsep & istilah yang yang perlu difahami oleh pelabur.

2)  Bagaimana menilai saham agar pelabur dapat mengenal pasti
saham  yang berpotensi untuk meningkat. Kaedah ini dipanggil
sebagai ANALISA FUNDAMENTAL.

3)  Bagaimana mengetahui masa sesuai untuk membeli dan menjual
melalui ISYARAT beli dan jual dengan hanya membaca carta dan beberapa petunjuk teknikal yang mudah difahami.  Kaedah ini dipanggil sebagai ANALISA TEKNIKAL.

4) Peserta akan ditunjukkan bagaimana menggunakan PLATFORM & ONLINE TRADING  selain mencari maklumat untuk fundamental , carta untuk teknikal dan sebagainya.


Dalam  ilmu teknikal yang akan ditekankan ialah konsep support & resistance, technical correction & technical rebounce iaitu ilmu asas yang wajib diketahui oleh semua pelabur terutamanya newbie.

Selain itu akan didedahkan juga penggunaan pentujuk teknikal yang regular seperti SMA,MACD, RSI dan SAR parabolic selain asas candlestick yang menarik amat berguna.

Sebagai pelabur baru adalah amat penting bermula dengan memahami 3 kategori ilmu diatas supaya keputusan pelaburan dapat dibuat dengan betul. Ia adalah langkah pertama untuk anda menjadi pelabur profesional dan berstrategi.

 

2)  KOMPREHENSIF 2 (EXTRA)
Kursus ini adalah sebagai tambahan kepada KOMPEHENSIF ‘NEWBIE’ (sebelumnya dikenali sebagai Asas, Fundamental, Teknikal).

Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan pelabur. Ilmu-ilmu penting yang tidak dapat dimuatkan dalam kursus KOMPREHENSIF ‘NEWBIE’ akan dibincangkan dalam kursus ini, antaranyai;

  • Instrumen pelaburan selain saham dalam bursa.
    – waran, call warant, REIT, ETF dan saham pinjaman (loan stocks)
  • Strategi pelaburan yang sesuai dengan pelabur.
    momentum, growth, contrarian, value dll.
    – mengenalpasti indikator yang sesuai dengan strategi berkenaan.
  • Amalan-amalan korporat dan kesan kepada harga dan nilai saham.
    – right issue, bonus issue, pecahan dan penyatuan saham dll.
  • Mengenal kategori saham yang boleh membantu pelabur tentang saham apa yang boleh dibeli dalam kitaran ekonomi yang berbeza.
    – saham blue chips, saham pertumbuhan, saham kitaran, saham bertahan dll.
    – saham yang patut dibeli dan dielakkan dalam tahap ekonomi tertentu.
  • Isu syarikat dan kesan terhadap harga, bagaimana menganalisis?
    Merge & takeover, private placement, privatisation dll.
  • Analisa trend sebagai tambahan kepada analisa teknikal.
    – bagaimana mengesah isyarat beli & jual dalam teknik trend.
  • Dan lain-lain.

Kursus ini adalah pilihan dan bukan wajib tetapi digalakkan.

 

3)  KURSUS ANALISA TEKNIKAL – TEKNIK CHAR PATTERN
Mungkin setengah pelabur atau trader tidak sedar bahawa pergerakan harga saham kadangkala membentuk corak-corak tertentu. Corak tersebut sebenarnya berfungsi sebagai isyarat ke mana arah tuju harga dan akan memberi panduan masa yang sesuai untuk membeli.

Adalah satu kelebihan bagi pelabur yang menguasai ilmu teknikal jenis ini kerana pelabur akan dapat membaca kemana hala tuju harga malah dapat juga mengukur sejauhmana harga itu akan bergerak (harga potensi).

Chart Pattern adalah salah satu cabang analisa teknikal yang popular dan ia bersifat lanjutan.

4)  KURSUS ANALISA TEKNIKAL – CANDLESTICKS
Cara pelabur atau trader membuat analisa saham akan lebih power dan profesional jika menguasai ilmu candlesticks. Kelebihan candlesticks ialah ia lebih informatif dan memberi isyarat BELI dan JUAL lebih awal dari petunjuk teknikal yang lain.

Anda akan diajar secara berperingkat iaitu dari asas atau single pattern hingga ke multiple pattern.

Kelebihan candlestick ialah mencetus isyarat lebih awal dari kaedah teknikal yang lain. Ia adalah kelebihan yang bernilai bagi seorang pelabur yang mengetahui rahsia candlesticks ini kerana dapat memaksimumkan keuntungan.